Tuesday, September 27, 2011

Hadiah Hari Lahir Si Manis

Hari ni baru aku dan hasben berkesempatan gi kedai untuk beli hadiah besday si manis. Tak apalah lewat sehari. Rasanya dia pun tak faham lagi pasal besday bagai ni. Hehe. Last year, untuk besday yang ke setahun, kitaorang hadiahkan walker yang sesuai untuk tahap dia masa tu iaitu baru stage nak bertatih. So, untuk tahun ke dua nih, agak pening gak nak decide benda apa nak dibeli. Sesungguhnya aku dan hasben adalah paling pening nak decide barang mainan yang sesuai untuk anak kami. Selalu nya kalau masuk kedai mainan, memang pulang dengan tangan kosong sebab macam tak tahu apa yang terbaik untuk dibeli. Dan seriously, kami dah lama tak beli mainan untuk Alyaa. Lagipun dia dah banyak mainan yang atok, nenek dan kawan-kawan atok dia belikan. Hehehe...

So, selepas pusing-pusing Suria tadi, masuk ELC Mothercare, masuk Toy'r'Us, then masuk ELC balik, end up, kitaorang decide beli benda ni.....


HappyLand Village Set


Mula tu memang tak target la nak beli satu set ni. Sebab tengok harga rumah saja pun dah mahal, sekali dia buat promo dapat half price untuk set ni (ada rumah, kedai kek, gerai sayur, pondok telefon, kereta dan 2 van sayur, dan 9 patung characters) yang bersamaan dengan harga untuk rumah cottage dia tu je. So, apalagi, rembat je lah. Siap berkira-kira dalam kedai bahagi duit masing-masing antara kami untuk bayar. Hahaha.... Mengenangkan main benda ni macam best sebab macam real kita main pondok-pondok siap ada bunyi-bunyi bagai, boleh membantu anak aku lebih berimaginasi, tak macam aku dulu, nak main guna kotak-kotak je buat rumah, so rembat jek lah set ni. Walaupun harga nya agak mencekik, tapi disebabkan tahun ni rasanya aku tak ada lagi beli mainan kat Alyaa, so kira ok la. Bajet untuk setahun. Hahaha....

HappyLand ni dia boleh beli set-set kecik yang lain secara berasingan. So, pasni kalau nak top up untuk besarkan kawasan kampung ni, boleh lah beli tambah. Ada jual set post office, hospital, kedai kek dan macam-macam lagi la. Kalau nak review leh gi link sini HappyLand. Kalau bole kumpul semua leh jadi macam dalam gambar kat bawah ni. Heaven arrr...

Semua gambar dari Google je dulu k


Best kan kalo ada satu kampung yang complete macam tu......hehehe....dengan aku sekali nak main lah jawabnya.

2 comments:

  1. waaahhh bestnye hadiah besday si manis. best nye si manis dpt mak bapak kaya. haha.. hepiiii besdaaayyy alyaaa

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template