Wednesday, September 21, 2011

Anak Kedua...?

Google jek


Aku perasan lah kan, atau memang semua orang pun perasan jugak kot, kalau gi kenduri kendara atau balik kampong beraya, berjumpa sanak saudara yang tak berapa nak rapat, jumpa setahun sekali jek, mesti akan ada yang bertanya, bila lagi nak ada adik untuk Alyaa??
Aku senyum dan jawab, doakan lah…. Tapi kan, dia tak akan stop kat situ. Pastu mesti ada mulut-mulut lain yang menyampuk. Hishh….nanti lah dulu, tunggu lah besar dulu. Tak pun, haisshhh…tunggu lah dulu, sampai ayah dia betul-betul sihat. Dan ada jugak yang berkata,  a ah, tunggu apa lagi, cepat-cepat lah. Anak dah 2 tahun tu. Bla Bla Bla….dan terus bersambung di kalangan orang-orang yang ada kat berhampiran tu.
Aku?? Blah gi join group lain. Biarlah mereka-meraka itu teruskan perbincangan mereka. Hahaha…. Heran sungguhlah……naper lah sibuk sangat nak tolong rancangkan untuk aku dan family. Even mak ngan ayah aku pun tak pernah sebut apa…..dulu aku rasa sedih gak bila pas kahwin, mak ngan ayah dah kurang bertanya sangat pasal hidupku…..bila aku cerita atau tanya pendapat derang je, baru derang bukak mulut, tu pun berbau general jek….apa-apa hal, still kena pikir sendiri gak. Tapi kini aku faham, betapa sangat lah bagus bila mak ngan ayah tak campur hal rumah tangga anak-anak nih melainkan bila dirujuk.



Google jugak sumbernya


Aku paham, orang suka bertanya soklan gitu sebagai penyedap bahasa, atau sekadar untuk berbahasa bahasi…bukan lah dia serius nak tahu sangat pun. Tapi, aku agak sentap gak lah kalau ada orang yang tolong jawabkan. Especially yang menjawab….kata tak payah lagi, anak aku kecik lagi lah….atau tunggu lah dulu. Amboi, suka hati dan memandai nyer nak atur kan bila aku patut beranak ke tak ek….apedaa…
Apa-apa sekali pun, jawapan aku….doakan lah yang terbaik untuk kami…hanya Allah yang tahu. Peace no war!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template