Wednesday, September 14, 2011

Alyaa....menghampiri usia 2 tahun...dan selepas 2 bulan di taska.


Sedar tak sedar, dah nak dekat 2 tahun dah usia anak guwe. Selalu laa aku dok bitau kat anak ku, dulu awak ni kecik je, dalam perut mama pun muat, tapak kaki sebesar jari mama je….sekarang perut dah besar lebih tapak tangan mama…hehe….sambil dok sapu minyak yuyi kat perut anak aku. Dia dengar je, ntah dia faham ke idak apa yang mama dia dok bebel…hahaha…
 
Tapi, anak ku tidak lah besar sangat. Dah nak masuk 2 tahun tapi berat 10kg jeee….Dulu penah gak cecah 11kg, tapi baru-baru ni, sejak masuk taska, makin kurus lak aku nengok. Siap turun sekilo jadi 10kg. Haaiiisshhh…. Tak kisahlah asalkan awak sihat yer adik manis.
Sejak masuk taska, dalam 2 bulan dah, ada lah perubahan pro and kontra nya. Meh kita analisa bersama apakah pembaharuan yang anak ku dapat bila masuk taska.


Kontra


1.    Perangai yang kita tak pernah ajar dan kita tak suka yang dia pelajari dari kawan-kawan taska. Sekarang nih suka sangat lah menjerit dan kuat merajuk. Mak aii…tak tahan gak kadang-kadang tu dengar dia jerit. Sungguh, rasa nak tampar je, hahaha….sikit-sikit nak jerit kuat-kuat. Dulu tak der nyer nak menjerit. Nangis pun payah kecuali kalau benar-benar sakit je baru dia nangis. Agaknya dia belajar kat taska yang ada ramai budak-budak lain tu, untuk dapatkan perhatian cikgu, kena jerit dan nangis kot baru cikgu nak layan.



2.       Mudah amat kena selsema, hidung berair dan batuk serta demam. Ini memang dah dijangka lah. Dulu pun, dia memang dah biasa duduk taska sejak lepas pantang lagi. Memang selsema batuk dan demam ni kerap bebenar laa menyinggah. Tapi, masa dia stop gi taska, duduk umah je, memang langsung tak demam selsema bagai. Memang nampak sangatlah bezanya kan. So, skrang aku kena gigih menyediakan anak ku dengan extra supplement untuk antibody beliau. Dulu masa baby, even aku exclusive breastfeed for the 1st six months pun dia tetap kena selsema batuk nih. Walaupun orang kata susu ibu adalah antibody terbaik tapi, kalau dah nak sakit, kena juga kan. Sekarang, dia dah tak menyusu, lagi lah kena sediakan supplement bagai. So aku bagi dia minyak ikan Scott Emulsion tu dan Shaklee Meal Shake hari-hari untuk dia.


3.       Lebih emosional. Yelah, setiap pagi dia nangis masa nak antar gi taska. So sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dia. Takut gak dia stress ke haper. Tapi, bila time petang nak gi amik dia kat taska, happy je. Senyum je. Sengih je. Agaknya budak-budak memang camtu kot. Bila mama nak gi keja, nangis leleh-leleh air mata basah habis, pastu bila cikgu pujuk-pujuk, jumpa kawan ajak main-main, diam arr……terus lupa mama dia. Hahahah….

Pro 
  1. Dah pandai BACA dan KENAL alpahabet, number dan huruf hijaiyah. Kalau dulu ayah dia rajin gak suh dia baca semua tu, tapi bila dah gi sekolah, dia lebih membantu dan mempercepatkan proses pembelajaran tu. So skrang, Alyaa dah kenal semua huruf dan number. Bila baca buku bergambar pun, dia dah pandai buat cerita dia sendiri. Kadang-kadang bila layan dia tengok kartun kat youtube macam Pocoyo or Telletubbies ke, dia lak dok cerita kat kita apa benda watak-watak tu dok buat. Hehe…dia sangat suka kalau ada orang layan dia tengok video kartun sama-sama. Tu belum lagi kalo ada lagu nyanyi-nyanyi sambil menari tu, suka laaa tuuu….terjerit-jerit dia suka. Surah-surah pendek pun dah boleh ikut bila nenek dia bacakan. Semoga cerah lah hati anak mama.
  2. Dah pandai baca doa bila time yang sepatutnya. Sebelum makan, selepas makan, naik kereta, nak tidur, nak basuh yak yak, even lepas bersin pun dia baca doa. Walaupun baca tak lancar, pelat-pelat bahasa dia, tapi ada laa bunyi-bunyi tu. Yang penting, bila habis baca doa, mesti dia amin kuat-kuat. So aku pun pahamlah, berdoa rupanya budak ni. Hahaha…memula tu dengar dia terkumat-kamit  ingatkan dia dok membebel apa laa dalam bahasa bayi dia tu. Rupanya, berdoa. Ahiks..

3.     Pandai melayan kawan-kawan. Sejak baby lagi dia dah biasa duduk ramai-ramai. So, bila jumpa budak sebaya, mesti dia dah senyum-senyum sorang-sorang. Kalau sapa datang umah, dia memang akan hulurkan mainan dia pada kawan-kawan. Alhamdulillah tak kedekut. Kalau orang minta apa dia main pun, dia kasi je ngan bebaik. Sharing is caring. Hehe…even ada budak yang datang beraya baru nih dok lempar-lempar mainan dia ngan kasarnya, dia gi hulur lagi suh lempar lagi. Hadoiii…. Kalau kat public, bahaya gak neh, kalau tak pegang dia, mahu nya di gi ke arah budak-budak lain yang dia nampak….suka sangat nak kawan….macam kena ada adik cepat neh. Oppss….


4.       Lebih berdikari. Sungguh, dah boleh harap dah untuk jaga diri sendiri. Hehehe… Bole laa nak tinggal kan dia main sorang-sorang. Dah pandai laa nak buat apa sebelum dan selepas makan. Macam amik bib nak pakai, gi kat kerusi makan dia, makan dan minum dengan pinggan mangkuk dia. Bila tumpah, amik tisu lap sendiri, then gi buang kat bakul sampah. Kalau nak mandi, lepas bukak baju, gi letak sendiri dalam bakul baju kotor, pastu gi sendiri bilik air sampai mama dia kena jerit-jerit suruh tunggu takut kang jatuh…licin. Tapi tahu plak kalau lantai licin, suh mama dukung sebab takut jatuh. Kalau nak tido pun, minta susu, pastu bila dah siap bancuh, amik gi minum kat tempat tido sendiri. Siap ambik bantal sendiri kalo tempat dia nak minum tak ada bantal. Bila nak keluar gi mana-mana lak, mesti dia sibuk-sibuk nak bawa beg. Nak tolong angkut beg keluar lah. Ambil kasut sendiri yang mana dia nak pakai. Kalau selsema idung sumbat, pandai lak minta nak makan ubat. Hahaha…kira pandai berdikari lah tu kan. Sesuailah ngan budak besar dia.


Kira oklah kan bila gi taska awal-awal neh. Ada lah yang dia belajar. Susah senang nak hidup. Seyes aku sangat takut bila pikirkan keadaan dunia sekarang yang sangat horror dan macam-macam. Kes bunuh, bakar orang, ragut, rompak semua tu hari-hari dah hadap. Belum lagi isu murtad lah bagai…takut sangat bila pikir macam mana laa anak-anak aku nanti nak membesar dalam dunia yang dah makin tua nih. Ilmu kehidupan ni mana leh belajar dari buku dan teori. Semua tu perlukan pengalaman dan pemahaman yang jelas. Semoga, aku dan suami mampu menjadi mama dan ayah yang dapat menjaga amanah Allah yang dipinjamkan dengan baik dan dapat dipulangkan kepada-Nya dalam keadaan yang baik bila sampai masanya. Amin. Mari berusaha menjadi insan solehah dan berusaha membentuk orang-orang tersayang menjadi soleh dan solehah gak agar kita dapat terus berbahagia di syurga yang kekal nanti…..nak masuk syurga kan kena soleh dan solehah :)

1 comments:

  1. Wah byknya progress alyaa...hehe :) da besaq pnjg... cpt kan masa berlalu... dia slalu x mengadu org buli dia ke apa kt taska? kalu bdk2 da pandai ckp n bgtau tuh okla... kami dok isau ada rasa keinginan gak nk antar aisya p taska tp xbapa yakin plus toknek dia konfem xbg...hhuhu

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template