Thursday, September 22, 2011

Alfatihah kepada Arwah Pakcik Azhar







Hasrat Seorang Wanita Bercuti Ke Nepal Berakhir Dengan Kemalangan Jalan Raya

REMBAU, 20 Sept (Bernama) -- Hasrat seorang wanita untuk bercuti di Nepal berakhir dengan tragedi selepas beliau dan pemandu teksinya mati dalam kemalangan di Lebuhraya Plus KM 235.4, arah Utara berhampiran dengan plaza tol Pedas-Linggi.

Menurut jurucakap polis trafik, mereka yang terbunuh pada pukul 5.30 pagi Selasa dikenali sebagai Leong How Yin 39, dari Bukit Beruang, Melaka, dan pemandu teksi, Azahar Abd Karim, 42 tahun dari Alor Gajah Melaka.

"Kemalangan berlaku apabila teksi yang dipandu Azahar yang sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merempuh sebuah lori kargo yang membawa bekas tong arak.

Hanya beberapa minit sebelum itu, lori terbabit terbalik di lorong memotong selepas terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya," katanya kepada Bernama.

Pemandu lori dan kelindannya gagal dikesan, teksi limo jenis Naza Citra remuk teruk di bahagian hadapan mengakibatkan Azahar meninggal dunia di tempat kejadian dan Leong yang duduk di bahagian belakang teksi itu, mati akibat cedera di kepala, katanya.

Kedua-dua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Sementara itu suami Leong, Liew Chee Keong, 40-an tiba dari Melaka di tempat kejadian untuk melihat dan mengambil barang-barang mendiang isterinya.

Liew gagal mengesan kesemua dokumen penting termasuk pasport milik isterinya dan sejumlah wang tunai dipercayai telah dilarikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata isterinya dalam perjalanan ke KLIA untuk bercuti di Nepal.


-- BERNAMA


Allahyarham Pakcik Azhar adalah suami kepada emak saudara suamiku....kiranya, bapak sedara lah... Ajal kita memang dah ada date yang pasti, cuma kita je tak tahu bila....wallahualam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan ahli syurga, insyaAllah. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template