Monday, August 15, 2011

Zakat Fitrah adalah WAJIB



Alhamdulillah, kitaorang dah selesai part membayar zakat firtah neh untuk kami tiga beranak. Anda bagaimana???

Zakat fitrah hanya dibayar semasa musim puasa + raya jek. Raya haji tak der erk...so jangan gatai nak tangguh bayar zakat fitrah masa raya haji plak.  Hukum bayar zakat fitrah masa sepanjang bulan Ramadhan adalah wajib yer sampai lah sebelum solat sunat Aidilfitri. Tapi paling afdhal bayar masa pagi syawal sebelum solat sunat raya tu. Tapi, seeloknya jangan lah bertangguh ye kawan-kawan. Semua yang hidup dalam bulan Ramadhan dan Syawal adalah wajib bayar yer. Kalau ada baby lahir after maghrib terakhir Ramadhan, dia tak perlu bayar sebab dia tak hidup dalam bulan Ramadhan. Dan begitu juga kepada yang meninggal sebelum masuk Syawal, dia tak wajib gak bayar sebab tak hidup dalam bulan Syawal. Wallahu'alam. (Detail info ada di Blog Lembaga Zakat Selangor).

Untuk yang ada pembantu rumah tu, anda sebagai majikan tak wajib bayar untuk pembantu rumah, tapi diharuskan sahaja membayarkan bagi pihak, dengan syarat memaklumkan terlebih dahulu kepada pembantu anda.

Dah banyak kaunter-kaunter zakat fitrah ni dibuka, di shopping complex pun ada. Kat setiap masjid pun ada....so jangan tangguh-tangguh. 

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template