Wednesday, August 17, 2011

Sambungan My Story On December 14


Semalam stop kat scene aku dan Kak Mai di café hospital. Dia nak bitau aku sesuatu. Jeng jeng jeng…

Bila dah dengar cara dia cakap tu, of coz lah aku cuak kan. Tapi apa boleh buat. Nak tak nak, aku kena terima dan hadap jugak. Boleh pilih ke untuk undurkan masa???
Kak Mai bitau aku, jap lagi dia nak bawa aku masuk tengok hasben aku. Actually dah lama siap dia nyer procedure tu, tapi Kak Mai tatau nak bitau aku caner. Dan sebelum aku masuk, dia nak bitau awal-awal yang keadaan hasben aku adalah totally tak sama dengan hasben yang aku kenal sebelum nih. Sentap kan. Dia kata, muka memang out. Dengan size badan pun 2x ganda yang asal sebab dia dah membengkak. Pastu, koma tak sedar apa. Dan ada macam-macam tiub wayar kat badan dia. Ada cucuk kat mulut, hidung, kat dada, dan kat kaki….tangan tak ada kot sebab dah terbakar habis. So, aku pun kata ok. Jom kita masuk tengok. 

Kami pun gerak balik gi ke wad Burn Unit tu. Masa tu dalam fikiran aku dah datang macam-macam gambaran. Masa kat depan pintu, boleh plak aku cakap kat Kak Mai sambil gelak-gelak. Saya tak nak masuk dan tak nak tengok langsung boleh tak??? Saya nak tunggu dia sehat je nanti baru saya nak tengok. Hahaha…. Agaknyer sebab aku cakap sambil gelak-gelak, so Kak Mai anggap aku main-main je kot. Sengal. Padahal aku sungguh-sungguh tak yakin sama ada aku boleh hadap ke idak nanti.

Bila dah pakai semua PPE nak masuk unit tu, ala-ala pakaian nak masuk ICU lah, aku pun baca doa banyak-banyak dan masuk. Dari jauh aku dah nampak sorang insan terlantar atas katil sama dengan apa yang Kak Mai describe tadi. Aku pun tanya Kak Mai dari jauh, itu kah hasben saya?? Dan dia pun angguk kepala. Mak aii….takut lak aku nak gi dekat. Kalau tengok gambar kahwin, tak sama pun orang yang kat atas katil tu ngan yang dalam gambar……

Tup…tup…..sekali suasana jadi kelam kabut. Serbuan dari pemberita dan warga cabinet exco Terengganu dengan Mat Said plak nyibuk nak datang time tu. Aku dah lah tengah langkah slow-slow nak dekati hasben aku dan tengah nak lajar terima kenyataan. Sekali derang suh aku ketepi untuk beri laluan pada barisan yang mulia di dunia tu. Kesian aku tengok Kak Mai dengan Tuan Syed yang bertungkus lumus nak halang pemberita masuk. Tapi apa kan daya, itu pakcik MB bajet kebal daa… Sungguh aku sangat geram time nih. Dah lah masuk suka hati je, tak pakai precaution nyer PPE, ngan kasut kotor entah dari mana datang. Bawa segala macam kuman masuk. Dah lah ramai tak hengat. Pastu gi dok amik-amik gambar bagai. Sungguh aku rasa macam nak jerkah je.  Tapi mujur time tu jugak sahabat-sahabat aku sampai. Udi ngan Hanis. Derang terus meluru kat aku yang kesorangan kat tepi pintu sebab dah kena tolak ngan geng gangster tadi. Nampak je derang, aku tak leh cakap apa dah, nangis terus. Nangis semahu-mahu nya. Ya, aku tak nangis dari tadi sebab tak dak geng yang aku boleh tumpangkan bahu dia untuk aku nangis. So, bila budak berdua nih datang, baru lah aku leh kuarkan apa yang aku dok pendam tu.

Bila dah tamat interview bagai, aku ajak Udi ngan Hanis gi tengok hasben aku kat katil dia. Eh, berbalik pada para pemberita tadi, derang tu kan tulis berita tak betul tau seperti apa yang keluar kat paper. Ada bola-bola api lah bagai. Sebenarnya, semua IP tak ulas apa-apa pun. Bila ditanya, derang cuma cakap, please talk to my company rep. Tu jek. So, aku pun tak tahu lah mana pemberita tu dapat cerita untuk hot kan news derang. So, korang nilai-nilaikan lah kualiti media massa kita kat Malaysia nih. Yang boleh pakai hanya berita dari Bernama jek.

So, bila dah reda, baru lah aku dapat belek hasben aku. Teruk gak. Memang teruk pun. Aku sms je mak mertua ku bitau yang aku dah masuk tengok dia dan keadaan dia teruk. Pastu aku duduk aje lah diam-diam layan borak ngan Udi dan Hanis. Bila doctor datang, aku soal siasat macam nak siasat kes jenayah je. Dan Alhamdulillah doctor bagi penjelasan yang buatkan aku puas hati dan faham keadaan sebenar. Hasbenku memang sengaja di letakkan under full sedation sebab takut ganggu pernafasan dia bila dia dah telan wap panas. Orang terbakar memang akan membengkak sakan untuk seminggu lebih kurang. So, kalau salur pernafasan hasben aku bengkak, dikhuatiri akan menghimpit lubang udara untuk dia bernafas. So better letak tube pernafasan siap-siap. Doktor dah cakap awal2, benda ni nak sembuh adalah sangat lama. So, aku pun ok lah, sekarang adalah stage tunggu je lah dan berdoa. 

Kiranya, time aku dapat lawat hasben aku adalah kol 2.30pm. Punyalah lama derang biarkan aku dalam keadaan tertanya-tanya tu sampai kan jantung aku lepas tu dah tak betol. Dah tak boleh bernafas dengan stabil. Aku nyer heart beat tak pernah kurang dari 95. Giler laju. Penat je rasa. Pastu mudah amat terkejut. Sebulan jugak lah aku kena penyakit neh. Anxiety disorder. Everytime nak masuk hospital nyer entrance je, aku akan jadi berpeluh-peluh dan debar jantung laju giler. Tak leh control. Hampeh tol.

Then, dalam waktu asar gitu, parents in law aku pun dah sampai dengan makcik dan nenek sekali. Sungguh, lega sikit. At least rasa laa aku tak sorang-sorang. Petang tu, aku ikut Kak Mai ngan pakcik driver balik semula ke ofis. Makcik hasben aku pun ikut gak. Nak balik amik anak dan baju-baju untuk berkampung di Kuala Terengganu. Esok pagi-pagi, gerak semula ke Hospital Kuala Terengganu.  Alhamdulillah, penginapan semua ditanggung selama lebih kurang 7 hari di Terengganu. Parents aku pun datang after hari ke-3 kot. 

Keadaan hasben aku sama jek setiap hari. Kaku terlantar. Tapi, ada gak time doctor kurangkan sedative dia, so dia macam mamai-mamai. Bila VIP-VIP datang melawat, dia siap leh lambai-lambai lagi walaupun dia tengah mamai. Hahah….ada satu hari tu, dia macam sedar sket, dia nak cakap tak boleh sebab ada tube nak nafas tu, so nurse bagi dia pen ngan kertas. Siap tulis omputih gitu. Minta nak minum air dan tanya bila last dia minum air. Sedih aku tak dapat tunaikan permintaan tu sebab dia tak leh minum lagi. Pastu, ada masa nenek dia citer, ada sorang budak kecik baru masuk wad tu sebab kena air panas, pastu budak tu nangis, bole plak hasben aku yang tengah lena tido dalam dunia khayalan tu kuar suara panggil Alyaa….huhu…mujur aku tak ada time tu. Kalo tak mesti aku nangis.

Aku mampu record suara anak aku je lah, then letak kat telinga hasben aku. Moga-moga dia dapat dengat suara anak yang dia rindu.  Huhuhu….aku jaga shift malam jek. Siang-siang aku jaga anak. Masa dah dia agak stabil, dia dah mula agresif. Dalam mimpi-mimpi tu, dia asik tarik-tarik wayar kat badan dia nak cabut. Sampai kena ikat kaki tangan dia. Kesian aku tengok. Masa kat private hospital, memang derang tak akan ikat patient, tapi derang akan berada di sisi patient 24 jam untuk jaga tangan dia. Beza kan??

Bila keadaan dah stabil, bengkak dah surut, doctor decide nak buat skin grafting. Amik kulit kat peha, tampal kat muka dan tangan dia. Tampal kat tempat yang terbakar 3rd degree. Tapi dalam masa yang sama, pihak hospital Prince Court (company nyer hospital), dok sibuk advice kitaorang bawa hasben aku balik KL. Pikir punya pikir, siap mak mertua aku buat istikharah bagai, kami pun agree nak pindah ke KL. So, hasben aku pun naik lah air ambulans S.O.S nyer insurance tu ke KL. Mahai weh tambang dia. Ratus ribu gak….tapi Alhamdulillah, company tanggung. Aku lak, drive ngan family aku untuk gi KL. Babai Kertih. Tak tahu lah bila lagi akan kembali. Aku memang tinggal macam tu jek rumah tu. Kek anniversary yang kami makan masa malam sebelum kejadian pun masih tersimpan di peti ais. Aku balik buang after beberapa bulan kemudian jek. Hehehe. 

Dan pilihan kami untuk bawa dia balik KL adalah terbaik sebab dapat elak kan skin grafting tu. Hasben hanya guna ubat herba macam krim sapu tu jek sepanjang-panjang proses rawatan sampai sekarang dan mungkin sampai tahun akan datang. Tak ada operation langsung. Bukan apa, kalau buat skin grafting tu, ko akan tambah lagi tempat luka untuk amik yang donor part tu. Pastu hasil dia, terutama part muka, memang tak bole nak elok laa…dan kemungkinan untuk berjaya pun tak tinggi sangat…..sebab ada kes yang berkali-kali tampal kat tempat yang sama sebab skin tak leh terima. 

Kat KL, company bayarkan kami nyer accommodation kat PNB Darby Park. Ala-ala service apartment. So senang lah nak ulang alik sebab dekat jek. Maka, bermula lah kehidupan baru aku kat KL. Sorang-sorang beb sebab mak ayah aku tak boleh nak stay ngan aku lama-lama. Walaupun ada family in-laws, tapi aku tetap rasa aku sorang-sorang je time tu. Sungguh…..aku kesorangan……hanya ada Allah je yang nak temankan aku dan tenteramkan aku…….

Tapi, semua tu dah berlalu. Sekarang, macam lain pulak ujian yang datang. Hidup kita tak pernah sunyi dari ujian. Tak boleh larik. Kena hadap jugak macam mana pun. Nanti lah bila rajin, aku update lak perkembangan hasben aku kat KL. Tapi rasanya masa kat KL, aku dah banyak tulis kat entry-entry yang lepas. Hehehe….so setel lah cerita setakat kali ini. Sekian :)

And now....he is..... :)



Tengah shopping kasut nak pakai gi kerja....dah semangat nak kerja dah dia :)



1 comments:

  1. patutnya kan,part hg cerita pasal pemberita tu,kasi underline dengan bold sikit..

    bila baca cerita hg,aku...(speechless)..apa pun semoga 'kisah cinta' hg ngan arep akan lebih diberkati..

    semangat arep nak p keja..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template