Thursday, August 25, 2011

Plan Raya Tahun Ini

Memandangkan hari ni adalah hari last aku kerja before start bercuti untuk raya, aku pun rajin nak tulis pasal plan berhari raya kami. InsyaAllah, raya kali ni akan jadi raya ke-3 aku sambut bersama suami tercinta. Alhamdulillah, masih dipinjamkan saat ini buat kami.



From Google


Ingat lagi masa raya pertama kami dulu. Aku balik raya ngan parents aku dan suami ku pulak beraya dengan parents dia. Hahaha....ada orang kata pelik, tapi kami tetap happy dengan cara kami. Kebetulan masa tu aku tengah tunggu hari je nak bersalin, so aku balik lah ke kampung sendiri sebab dah memang plan nak deliver dekat dengan mak ayah aku. Suami pulak tak dapat nak cuti raya, jadi dia balik KL je lah sebab dekat sket nak balik bercuti raya yang 2 hari tu dari Kertih. Kebetulan pula dia anak tunggal, kesian pulak mak ngan abah dia kalau dia tak balik beraya langsung.

Tapi, tahun lepas, kami beraya di KL dahulu dan pulang ke kampung ku pada hari raya ketiga. Actually tak kisah pun mana-mana dulu, asalkan dapat balik beraya sudah. Dan pada tahun ni, dari beberapa bulan yang lepas lagi abah mertua ku dah bagi hint suruh kitaorang book tiket balik raya ke Perlis cepat-cepat. Yeayyy.... Rupa-rupanya parents-in-law dah plan nak gi umrah masa hujung-hujung Ramadhan dan terus beraya di sana. So hari ni, dah masuk hari ke 7 mak ngan abah mertua ku berada di Mekah.

InsyaAllah aku, suami dan anak akan balik beraya di kampungku di Perlis pada hari Sabtu ni. So sempatlah berpuasa kat kampung sekejap. Then, hari raya ke-3 kami akan balik ke KL. Mak dengan abah mertua ku nak balik dari umrah pada hari raya ke-4. Lepas tu, baru kitaorang balik beraya di kampung belah mak mertua di Melaka dan sebelah abah mertua di Sabak Bernam. Best nyer beraya....boleh jalan-jalan menjengah saudara-mara. Aku suka walaupun aku bukannya kenal semua lagi. Hehehe...masa nih lah nak berkenal-kenalan kan.

Hishh...tak sabaq nya nak balik Peghelih....teringin nak pi pasaq ramadhan Kangaq yang superb tu. Pastu tu nak pi beraya rumah makcik pakcik ku sekalian. Nak jumpa semua sedara mara, sepupu sepapat.....kebetulan sepupu-sepupu aku yang sebaya semua ada anak yang sebaya anak aku. Yeayyy...tak sabaqnya.

Kepada semua, aku nak ucapkan selamat pulang berhari raya, berhati-hati di jalanan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....



**Pss...: Jangan gok lupa posa Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari lagi. Heee heee

1 comments:

  1. Slmt ari raya Cuna! Maaf zahir dan batin... Halal makan minum. Sjak UTP smp ke saat ini~ (Ewah!)

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template