Monday, August 15, 2011

Pesanan Yang Paling Diingati

Dalam banyak-banyak pesanan, ada satu pesanan yang aku paling ingat dan insyaAllah tak akan lupa sampai bila-bila. Sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa ku.

 Pesanan ini disampai kan daripada suamiku melalui kawan baik beliau. Pesanan ini sampai kepadaku ketika suami ku sedang terlantar tak sedarkan diri di Hospital Terengganu. Kalau tak salah pada hari ke-3 selepas dia dimasukkan ke hospital akibat kejadian kebakaran di tempat kerja beliau. Sebaik sahaja aku tahu akan kejadian di tempat kerja beliau, aku memang terus terputus hubungan dengan beliau kerana bila aku sampai kat spital je, encik suami dah tak sedar apa-apa. Hanya berkomunikasi melalui wayar-wayar yang bersambungan terus ke monitor-monitor yang pelbagai. Huhu...rindu sangat nak dengar suara beliau. 

Pada hari ke-3 kejadian, kawan baik beliau yang sama-sama berada di lokasi kejadian ada menghubungi ku. Encik kawan baik itu sebenarnya baru dapat naik ke darat sebab kena kuarantin kejap kat satu lokasi lain. Kuarantin sebab apa tak tahu lah, mungkin sebab kena tunggu giliran nak balik darat kot. Lain lah kalau dekat, leh berenang jek balik rumah kan. Ataupun lain lah kalau ada kapal terbang AirBus ke nak gi amik derang ramai-ramai kat laut tu, dapat lah balik awal kan. Hik Hik Hik.

Sebaik sahaja sampai ke darat, baru dapat line telefon, maka si kawan baik nih pun call lah aku. Dia kata, nak sampaikan pesanan suami ku pada ku....yang sempat di sampai kan pada si kawan baik beliau pada malam kejadian sementara menunggu chopper/helicopter datang amik dia ke spital. Pesanan beliau berbunyi, 

"Tolong bagitau HAS*** (nama aku lah), jangan risaukan dia. Walau apa pun yang terjadi pada dia (suami aku lah), dia tetap sayangkan aku dan anak aku....." 

......... Aku dah tak tahan dah time nih, terus meraung maa....sedih maa.... Kebetulan masa tu aku kat dalam bilik hotel dengan nenek hasben aku, dia pun heran bila tiba-tiba aku nangis sakan selepas cakap phone. Bila aku bitau dia pasal pesanan tu, terus nenek pun join aku nangis gak ramai-ramai. Sedih wooo......

Tapi kini bila si suami dah sihat walafiat, hari-hari aku mau dengar pesanan yang dia sayangkan aku dan anak kami dari mulut dia sendiri...hehe....boleh kan bang???

2 comments:

  1. Wohoooo...sedih2...kalu kami mau pengsan T__T

    ReplyDelete
  2. teringat lg muka ko pagi2 masa dtg opis pada h ari kejadian tu....tak tahu nk ckap mcm mana. Cool je kan..iyalah masa tu tak tahu lebih detail...
    Syabas Suna, kerana ko begitu tabah menghadapi dugaan tersebut...ko sememangnya wanita yg kental, yg berhati besi waja...walaupun besi kadang2 cair jugak apabila kena panas kan.....

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template