Tuesday, August 16, 2011

My Story On December 14…..

Aku tak pernah cerita kan detail pasal apa terjadi pada 14 December tahun lepas iaitu pada hari suami ku terlibat dalam kes dia tu. Bukan apa, aku dah pernah nak try tulis kat sini, tapi asal nak mula je aku sedih nangis-nangis. So, tak boleh lagi nak share. Kalau orang nampak aku dok nangis depan pc, kang apa lak orang fikir. Dan yang paling penting, aku tak nak suami aku nampak aku nangis pasal ni sebab nanti dia pun efek gak. Hehehe…dan sekarang aku dah berjaya tak nangis masa tulis nih.


Malam kejadian, aku duduk rumah dengan anak aku macam biasa. Dia tidur awal. Aku ternanti-nanti call dari suamiku sebab selalu nya kalau di gi laut, malam-malam camni dia akan call. Tapi sampai ke sudah tak call. Aku try gak call number Radio Operator, tapi tak dapat. Pastu aku online fesbuk dan cek email, kot-kot suami ku ada email ke haper. Tapi tak ada. So, ok lah. Normal lah tu kalau tak dapat dihubungi macam tu. Tengah-tengah laut lah katakan.


Esok, lepas subuh, aku masuk baju dalam washing machine, siap basuh  dan terus sidai. Pastu lepas mandi nak siap anak gi sekolah, tiba-tiba tefon bunyi. Tengok number bos aku naik. Haishhh….naper lak pak cik nih call. Tak puas ati lagi ke lepas brain wash aku sejam lebey dalam bilik semalam kat ofis. (Ini kisah lain…hihihi. Kebetulan dia ni baru jadi bos aku, dan aku dah kena brain wash dengan dia pasal satu sebab yang aku pun tak pasti). Berat je aku angkat call dia. Pastu dia cakap baik je. Tanya aku dah mandi ke lom, dah siap ke lom…..aku pun dah mula tinggikan suara, naper nak call orang pagi-pagi buta (6.45am) pastu nak tanya dah bangun ke belom. Then, dia cakap kat aku, dia kat ECC ni. Terus aku terdiam. Dia pun cakap, platform berlaku kebakaran malam tadi. And my husband injured. Dia cakap, so far semua dalam keadaan stabil. Aku boleh plak sound dia, bos biar betol. Jangan nak main-main dengan saya. Hahahaha…. Tapi rupanya memang betol. 


Pastu aku terus tanya macam-macam yang aku tak ingat dah soklan apa aku tanya. Dah start nangis dah. Pastu bleh plak aku tanya bos, apa aku nak buat nih. Seyes aku dah blur. Pastu bos aku pun cakap baik-baik suh aku antar anak gi sekolah, then tunggu kat umah, nanti derang datang amik aku gi hospital ramai-ramai. Masa tu dia tak dapat pastikan keadaan suami aku sebab sapa pun tak tau lagi apa yang terjadi sebab dia masih tak sampai ke darat lagi. Boleh tak, terbakar pukul 12 lebey tengah malam, subuh tak sampai darat lagi…..lagi laa aku rasa tak puas hati. Tapi, tak pe lah, tu isu lain. 


Tapi, aku rasa aku tak boleh duduk diam je kat umah, so aku cakap kat bos yang aku nak gi ofis. Then, lepas cakap ngan bos, aku call mak aku. Tapi ayah yang angkat. So, dalam terketar-ketar tu, nangis-nangis aku citer kat ayah aku. Tapi family aku tak leh datang cepat sebab adik aku ada lagi paper SPM dia time tu. Then, bila dah agak bertenang, baru lah aku call mak mertua aku. Aku ingat lagi ayat aku masa tu….”assalamualaikum mak, platform meletup, abang terbakar”……gilo nyer ayat. Mesti mak mertua aku terkejut kan. Tapi aku pun tak ingat dah nak buat ayat sedap2 time tu. Then, bila dia tanya detail lagi, aku pun tak tahu gak apa keadaan suami aku. Aku bagi je number fon bos aku tadi, suh mak call sendiri ngan orang ECC. 


Then aku siap- siap dalam keadaan terketar-ketar. Tangan aku sejuk dan aku rasa macam darah tak jalan je dalam badan time tu. Sempat gak aku cekkat email ngan fesbuk, dan nampak ada email dan message dari hasben aku. Dia hantar dalam kol 10.30pm cakap yang dia dah selamat sampai kat laut. Then minta aku doakan semua selamat sebab dia nak mula buat kerja-kerja shutdown dalam pukul 12 tengah malam. Nangis aku baca message tu. Pastu aku gi sekolah taska, hantar anak. Bila nampak cikgu je, aku hulur anak aku sambil cakap terketar-ketar campur teresak-esak bitau cikgu yang aku akan amik anak aku lambat atau pun mungkin dia bermalam situ sebab suami ku ada involve incident kat tempat kerja. Aku nak pergi ke hospital Kuala Terengganu. Ok, setel. Lega sket hati bila cikgu-cikgu kat situ mai peluk-peluk tenteramkan aku. Anak pun kecik lagi untuk faham apa yang sedang berlaku.


Masa sampai kat ofis, aku rilek je kat lobi. Tengok semua orang pun tak der apa-apa jek. Ye lah, kes ni belum tersebar lagi ke darat kot. Pastu rasa macam lama sangat menunggu tak ada pun muka orang yang nak bawa aku gi hospital. Pastu aku gi ECC, tapi memang sah-sah tak leh masuk. Aku turun lak gi level ofis aku…duduk diam-diam….tapi bila ada yang start bertanya, aku dah sebak dah.  Tapi tahan je lah. Nak citer lebih-lebih pun aku pun tak tahu apa status. Pastu, Senior Manager aku nampak aku then dia ajak aku turun tunggu kereta kat lobi. Aku banyak diam je sebab aku pun tak tahu nak cakap apa. Masa menunggu tu, aku tanya lah bos  macam mana keadaan suami aku. Dia cakap, terbakar banyak lah jugak, sambil tunjuk area muka, badan, kaki, tangan…..pastu dia terdiam then cakap kita gi tengok sendiri lah. Saya nak cakap pun tak tahu. Giler! Ayat dia gini buatkan aku bertambah cuak kot.


Then, kereta dah ready. 2 biji kereta. Bos naik kereta dia ngan orang HSE, dan aku naik kereta company dengan orang HR. Mujur aku staff situ gak, so macam dah kenal-kenal semua orang. Akak HR tu, aku panggik Kak Mai, dia bitau yang kitaorang akan gi amik waris injured personnel (IP) yang lain around Dungun. Sebab derang pun nak gi hospital sekali. Perjalanan nak gi hospital adalah lebih dari 2 jam. Lama giler. Bila dah kutip semua isteri-isteri other IP, kitaorang pun terus gi hospital. Tadi bertolak dari ofis kol 8.30am. Dalam kereta, semua orang diam jek. Kak Mai je rajin trigger topic tapi aku sorang je dok layan. Akak lagi dua orang tu banyak diam jek. Aku pun malas nak pikir sangat pasal kejadian tu, so aku layan je lah borak ngan Kak Mai. Dalam pukol 11.30am baru kami sampai hospital. Tu pun lepas gi cari 2 lagi rumah IP lain untuk ambik isteri diaorang.


Bila sampai, bukan masa melawat lak. Tak boleh masuk langsung even dalam building hospital. So Kak Mai ngan Tn Syed (HSE) pun gi jumpa sapa ntah ala-ala orang corporate affair hospital tu lah. Then, bila bitau yang kitaorang adalah waris IP, baru boleh masuk dalam building hospital dan amik lif ke level yang ada burn unit. Gila susah nak masuk spital neh. Dah sampai kat burn unit, ramai lah jugak orang kat situ sebab berhadapan dengan ICU. So waris-waris orang kat ICU pun memang lepak kat depan tu jugak. 


Tapi kitaorang tak boleh masuk sebab limit sekali masuk 2 orang je. Lagipun masa tu derang bitau aku, doctor masih buat procedure dressing bagai pada IP. So, fine, aku tunggu je lah diam-diam kat situ. Lama giler tunggu. Pastu siap boleh dengar lagi makcik-makcik yang ada kat depan wad tu dok sibuk bercerita. Derang kata orang minyak terbakar. Ada sorang yang kritikal. Kena masuk ICU. Kena operate. Orang tu bukan orang tempatan Terengganu, tapi orang KL. Lagi lah aku rasa jantung macam nak tercabut sebab memang hasben aku sorang je yang bukan orang Terengganu.  Pastu, ada beberapa orang wife IP yang lain dah boleh masuk tengok hasben masing-masing sebab cedera sikit je, dan procedure derang dah selesai. Tapi, hasben aku masih tak tahu apa cerita. 


Bila tanya Kak Mai dengan Tuan Syed yang memang dah beberapa kali ulang alik masuk tengok pun derang macam nak tak nak jer cakap. Derang cakap tak tahu jek. Seyes aku tak suka situasi ni. Rasa macam nak ngamuk je naper semua orang nak cover-cover neh. 

Bila dah tengah hari, perut pun dah lapar, aku ajak lah akak sorang nih, wife kepada salah sorang IP yang juga kawan aku gi makan. Mujur dia nak ikut sebab dia kata dia dahaga.Tinggal kami berdua je lah yang tak boleh masuk tengok hasben masing-masing lagi.  Walaupun perut tak der lah lapar sangat, tapi makan je lah sebelum datang sakit lain plak. Nak cari café hospital pun punyalah jauh. Isk isk. 


Lepas makan, datang lepak balik kat depan wad. Masih tak boleh masuk. Skali derang panggil akak wife kawan aku neh. Dia dah boleh masuk tengok hasben dia. Sentap weh tinggal aku sorang-sorang tertanya-tanya gitu. Family mertua aku dah on the way datang dari KL. Derang keep calling aku je nak tanya keadaan suami aku. Aku memang tak tahu dan aku jawablah tak tahu dan tak boleh masuk lagii. Siap aku kena sound lagi naper senyap jer tak nak bitau derang keadaan suami aku. Hampeh. Tau lah semua orang tengah stress, so pedulikan je lah. 

Pastu, Kak Mai ajak aku temankan dia gi café. Dia kata dia nak minum. Malas nak layan sebab aku dah tak tenteram. Tapi aku ikut lah jugak. Kesian gak Kak Mai dari tadi sibuk ke sana ke sini. Masa kat café, dia belikan aku air. Pastu dia kata, sebenarnya dia sengaja ajak aku datang café sebab nak bitau aku sesuatu. Kalo korang lah kan, boleh rasa tak jantung dah berhenti mengepam sekejap time tu.


Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang. Kak Mai pun bitau, sebenarnya hasben aku dah habis dah procedure dressing bagai tu. Tapi derang tak tahu macam mana nak suruh aku masuk tengok hasben aku. Dia pesan, jangan terkejut dengan apa yang dia nak bitau aku neh. Cuakkkkkk…..





Kita sambung later lah ekk….hahaha…..aku nak gi beli novel Jodoh atau Cinta yang dipesan oleh seseorang. Jumpa lagi……

1 comments:

  1. alaaaa.... terbantut kejap bacaan...
    mode : sabar menunggu

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template