Monday, August 8, 2011

Minggu Pertama Alyaa dan Taska Umi


Minggu ni dah masuk minggu ke-2 Alyaa gi taska. Last week aku ada ceritakan yang anak ku tak nangis gi taska kan. Alhamdulillah, untuk 2 hari pertama dia ok jek, tak meragam apa. Tapi, masuk hari ke-3, dia dah mula nangis bila ayah dia hantar pagi tu. Ayah dia lepas bagi pada cikgu, terus lah dia pun balik. Walaupun hati si ayah sedikit terdetik dan sebak nak meninggalkan si anak yang tengah menangis nak ikut balik tu, tapi dah cikgu nya terus je amik si anak bawa masuk dalam taska, so tak pe lah kot.


Petang, kitaorang gi amik. Mak ai…lain macam je aku tengok muka dia. Mata bengkak giler sampai sepet jadi mata kecik dah. Cikgu cakap dia banyak nangis. Sungguh aku terkejut. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup, anak aku nangis sampai bengkak mata. Budak nih memang bukan jenis kuat nangis. Cucuk imunisasi pun dia susah nak nangis kot. Seingat aku, Alyaa akan nangis betul-betul bila dia sakit atau terkejut sangat je. Contoh masa dia terlentang dalam bilik air bulan lepas (this is really terrible!) Memang dia nangis sunguh-sunguh tapi tak sampai 10 minit pun, dia dah leh stop nangis dan marah-marah nak babap bilik air tu. Huhuhu….


Tapi, bila tengok bengkak mata sampai ke petang tu, aku yakin cikgu nih biarkan jek dia nangis. Ntah-ntah tak pujuk-pujuk pun untuk alih perhatian budak tu agar stop nangis. Malam tu, badan dia panas jek. Esok nyer terus demam sampai 4 hari. So, 3 hari je lah dia gi taska sepanjang minggu lepas. Then  cuti sebab demam. Kesian anak aku. Tapi, hari ni, bila dah baik demam dah, kami terpaksa hantar dia ke taska semula.
Actually taska ni agak pelik sket. My MIL siap dah survey kat tempat lain sebab dia pun kata rasa semacam jek, tapi so far semua tempat yang macam ok dah penuh. Naper aku kata pelik, sebab cikgu dia macam tak benarkan kitaorang masuk dalam taska tu. Asal gi je, mesti cikgu tu kuar cepat-cepat dari taska, then tutup pintu rapat terus. Layan kitaorang kat luar je. Pembayaran yuran pun dia bawa gi ofis dia kat next building. Mula tu kitaorang macam fikir, maybe dia hanya benarkan parents yang dah betul-betul ada anak kat situ jek masuk dalam, tapi after anak aku pun dah jadi penghuni situ, still dia macam tak nak benarkan kitaorang masuk. 


Memang sekarang kalau masa tengah survey taska nak minta masuk usha kat dalam dia macam tak bagi sebab ada kes budak taska kena jadikan tahanan orang gila kat Johor tu kan. So, OK. Kitaorang pun faham concern tu, tapi tak kan lah bila dah ada anak kat situ, masih nak sekat-sekat mak bapak nak tengok kat dalam tu macam mana kan. 


Lagi satu yang aku tak berkenan, cikgu dia sorang pun tak friendly. Setakat kuar amik budak, dan kuar antar budak pada parents, then terus masuk. Diam jek muka macam tak mau ada perbualan apa dah. Seyes, muka tu dah macam tertulis kat dahi. Please don’t borak-borak with me. Nak masuk cepat-cepat. Ramai lagi budak kat dalam tu. Budak memang ramai giler aku tengok. Cikgu dia cakap ada 19-20 orang….tu baru budak 2tahun kebawah sahaja. Adeh. 


Beza sangat ngan 2 taska yang Alyaa pernah gi sebelum ni masa di Kertih. Kat sana, cikgu-cikgu sangat friendly. Suka berborak dan bitau perkembangan anak kita setiap kali gi amik time nak balik. Even kawan-kawan si anak kat taska pun kita leh kenal sebab cikgu dia suka libatkan kawan-kawan yang lain bila ada salah sorang daripada kanak-kanak tu nak balik. Kena babai semua orang. Siap boleh masuk sampai ke dapur, bilik air semua cerok lah. Ada ramai gak member-member ofis aku yang time lunch je gi taska lepak ngan anak dan cikgu taska. Siap leh tolong tengok kan anak orang lain lagi. Memang puas hati lah. Bila cikgu pun ramah dan penyayang jek, kita as pareants pun senang nak share tentang apa yang terbaik untuk si anak kan. Kira tak segan lah nak tanya cikgu, apa makanan kegemaran si anak kat taska, atau pun nak remind cikgu suh bagi ubat anak kita cari gini-gini. Tapi taska sekarang, cikgu muka toya sangat, sampaikan aku nak pesan apa-apa pun rasa macam takut kena marah je…bukan apa, cikgu taska nih, kalau kita as parents cerewet nak pesan dia itu ini, takut gak kalo dia sangka kita nih pandai lebih nak ngajar dia. Yang takut jadi mangsa nya anak kita lah sebab duduk dengan dia seharian kan. Sungguh laaa….bagai menarik rambut dalam tepung.


Tiba-tiba rindu lak kehidupan Kertih. Cikgu Alyaa yang dari 1st taska dia dulu pun bila jumpa kat luar, still datang nak tegur anak kita tanya perkembangan walaupun anak kita dah tukar ke taska lain. Pernah kat satu klinik, ada sorang akak nih dok senyum-senyum kat aku. Aku heran gak,sapa lah pompuan nih. Tapi senyum je lah balik. Pastu dia panggil nama anak aku…owhhh…baru teringat, cikgu taska lama dia rupanya. Hahaha… Paling terharu, pengetua kat taska Kertih dulu siap ada buat a few calls lagi masa ayah dia injured aritu untuk tanya kabar. After a month Alyaa dah tak gi taska pun, dia still nak bertanya apa perkembangan bekas anak murid dia neh. Dan paling aku kagum, anak ku masa usia setahun 4 bulan dah boleh nyanyi twinkle2 little star (bahasa baby lah) siap ngan buat gaya tangan lagi. Huhuhu…camner cikgu dia ajar ntah lah.


Oh ya, taska lama kat Kertih jugak ada tinggalkan memori pada ku sebab masa hari tragedy 14 December last year, orang pertama yang aku jumpa after tahu kejadian tu adalah cikgu taska, sebab nak gi hantar anak pagi-pagi buta tuh, Dan cikgu-cikgu taska tu lah manusia pertama yang aku nangis tersedu-sedu bila derang tanya kenapa mata aku merah pagi tu…..seyes aku nangis yang tak leh control ngan cikgu-cikgu tu. Sepatah perkataan pun tak kuar dari mulut aku tapi tiba-tiba je nangis macam orang gila kat depan pintu taska. Tapi rilek je derang tenteramkan aku, then bila dah ok, aku blah terus tak citer detail sbb macam malu nangis kat derang. Derang yang gi godek tanya kat member ofis aku untuk tahu kisah sebenar. Hehe….tragis tol.


Semoga, Allah mudahkan kami untuk dapatkan taska terbaik untuk Alyaa. Kesian anak ku….

1 comments:

  1. InsyaAllah... pasti jumpa tu taska yang terbaik utk alia...bykkan berdoa dibulan Ramadhan yg mulia ni.....

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template