Friday, August 12, 2011

MAC Promotion Sempena Raya

Taadaaa.... 

Hari Rabu yang lepas, department aku ada buat majlis berbuka puasa untuk staff. Derang book dewan yang ada di Wisma Sejarah. Makanan dan dewan semua nya di tanggung oleh bos-bos department aku tu. Mula nya aku macam tak der semangat nak gi...kalau nak ajak hasben, sah sah dia tak nak ikut.Tapi, bila tanya pendapat hasben aku, beria je dia suruh aku join. Senang katanya nak kenal-kenal semua orang, memandangkan aku kan masih baru kat sini.

Kebetulan lak, aku dah ada geng nak gi bila sorang lagi staff baru masuk. Hehehe....then aku dengan lagi 3 orang dak ofis pun bersetuju nak gi sama-sama. So, ok lah. Kitaorang decide nak gi straight je dari ofis. So sementara menantikan hari petang, sempat lah aku jalan-jalan usha sket-sket kat Suria. Kawan aku beria nak gi tengok emas...kebetulan Tomei tengah buat promosi kat tengah-tengah mall. Sekali gi tengok, mak aiii....cantik meletop barang kemas dia, tapi harga emas dah tak leh blah. Kalau dulu setakat 2-3ribu leh lagi beli rantai leher or rantai tangan yang ok lah sket, tapi dengan harga emas sekarang, leh laa dapat barang yang nipis senipis kulit bawang. Silap haribulan, sangkut sana, sangkut sini, putus berderai. 

Lepas sedar diri yang kami tak mampu nak berangan lebih lanjut dengan barangan emas tu, kawan aku ajak lak masuk MAC. Mulanya kawan aku tu setakat nak test foundation jek, sekali lepas kena layan lebih-lebih ngan promoter dia, terus dia sambar macam-macam barang lagi. Complete engkau dari make up base, foundation, powder, eye liner, mascara, blusher, lipstick dan macam-macam lagi lah. Sabar je lah aku ngan minah ni. Tapi best gak layan dia shopping make up. Bila dia dah keluar tu, memang dah macam buat make over engkau. Dah siap make up untuk majlis berbuka puasa. Hahaha...

Dikesempatan itu, ada promotion untuk lipstick set dia. Aku pun rembat sekali. RM165 for lipstick, lip liner, lip gloss dan satu beg yang comel.....so apa lagi....cepat-cepat lah gi cari satu set kat butik MAC sebelum habis promosi. Rasanya sampai raya kot. 

Inilah barangan nya...RM165 for all these!

Me & Aimi

Nana & Nadia

Lauk dalam pinggan aku...dahsat kan nafsu.....

Masing-masing muka dah penat sebab dari pagi buta datang keja sampai ke malam tak balik umah lagi...hehe.


Promote caterer nih, memang sedap sangat-sangat masakan dia.



3 comments:

  1. so sape yg di antara korang haritu yg buat makeover MAC tu? haha

    ReplyDelete
  2. waahhh ada promo?? macam menarik!!

    ReplyDelete
  3. makeover dah berakhir lepas keluar butik tu sbb g basuh muka nak solat asar....kah kah kah

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template