Wednesday, August 24, 2011

Ke-SaNgap-An

Bukak facebook je, banyak benar nampak status orang yang dah tak ada mood nak bekerja sebab mood raya dah menguasai. Siap nak layan lagu raya aje. Jeles aku dibuatnya. Bukan apa, aku memang dah dikuasai mood raya, tapi terpaksa berusaha mengenepikan mood raya tu sebab kerja banyak giler untuk diselesaikan. Semua projek yang masih tergantung, kalau boleh owner dia nak setel before cuti raya. Mak aiii.....kelam kabut guwe.

Aku tak kisah kalau kerja tu aku boleh setel sorang-sorang. Tapi, yang menjadi masalahnya, apabila kerja-kerja ku pending sebab kena tunggu orang lain. Huwaaa.... Standard procedure kerja aku, bila dapat input, aku terus run aku nyer part untuk kuarkan report, buat benchmarking dan analisa bagai. Bila dah siap, aku kena review dengan senior professional sebelum dapat review dengan big boss. Aku punya staff or sifu yang so called professional tu....atau kategori expert tu....adalah sangat super duper sibuk. Punya lah seksa nak dapatkan sekelumit masa untuk review dengan dia.

Pulak tu, kalau dia nampak je aku yang datang, ada-ada ajer kerja lagi penting dari aku nyer projek untuk dia setelkan. Dan projek owner lak keep push aku, call lah, pm lah, email lah. End up, aku suh owner project tu konon-konon nya professionally email aku suh expedite the pojek, sambil cc pada bos-bos aku yang banyak lapisan tu....dah macam kuih lapis. Kot-kot laa bos-bos aku leh faham yang pojek aku memang dah urgent. Mana tau, kot dia akan beri peluang untuk aku review ngan dia cepat-cepat. Dan benda tu macam berjaya bila bos aku suh aku jumpa dia petang tu gak.

Tapi, bila dah jumpa. Leh dak, dia suruh aku gi cek dulu dengan senior engineer yang lain, then kalau derang initial, baru lah dia nak review. Aku macam bengkek gila. Kalau lah dia bagitahu awal-awal macam tu kan senang. So far, memang semua kerja aku, aku buat dengan bertanya senior. Tapi kena tambah plak syarat baru, nak kena ada initial bagai. Benci arrr.....dah seminggu kot aku dok pi try nak review dengan bos tu. Tapi, end up, bila dah dapat slot, dia suh gi review ngan orang lain plak. Arghhhhh......sungguh aku lemau dengan projek ni.

Dah, abaikan emosi aku nih. Kang terbang habis mood raya.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template