Wednesday, August 3, 2011

Dikala Mengantuk Masa Drive

Pagi tadi aku rasa sangat mengantuk masa on the way nak gi kerja. Dah lah kereta banyak, jalan slow-slow. Campur plak silau lampu kereta-kereta lain. Almaklumlah, hari masih gelap. Sejuk air cond lagi. Lagi bertambah-tambah lah tahap ngantuk aku.

Aku bila mengantuk, mata terbukak luas jek. Tapi respon lambat giler. Kadang-kadang bila tersedar dah dekat giler nak hentam bontot keta orang. Selalunya aku tampar-tampar muka, cubit-cubit peha, dengar lagu kuat2 atau baca papan sign board kuat2. Bercakap sorang pun penah disebabkan ngantuk punya pasal.

Tapi pagi tadi, dalam dok lawan ngantuk yang hebat menyerang tu, aku terpandang benda kecik gerak2 kat atas jalan depan keta aku. Bila dah dekat baru perasan rupanya anak kucing yang kecik gila tengah terkial-kial nak gerak dari tengah jalan ke tepi jalan. Tapi macam kaki belakang dia sakit je nak jalan. Dah kena langgar agaknya. Mujur lah lokasi tu betul2 depan tempat keta nak bayar tol Smart. So orang akan slow sket kan. Tapi keta yang lalu situ still laju gak sebab lorong Smart Tag pun. Naper lah kucing tu pilih lorong yang salah neh.

Lepas je aku melepasi anak kucing tu, terus aku nangis. Kesian gila. Nak benti tolong macam tak arrr kat atas hiway tu. Seyes sedih gila dengan kesian bagai tengok kesusahan anak kucing yang tecit comey tu terkial-kial dok heret badan dia ke tepi jalan. Besar kot jalan tu kalau nak dibandingkan dengan size kucing tu. Pastu bayangkan kalau ada keta gilis dia. Memang pasti lumat terburai isi perut nyer lah. Dengan satu tayar pun leh tenggelamkan dia sebab kucing tu kecik sangat. Terus ilang ngantuk aku bila mata dah basah- basah nangis. Jahat nya sapa lah yang berniat nak buang kucing tu kat jalan raya. Memang niat nak membunuh ke haper.....

Time balik, ingat nak tengok tempat tu kot-kot ada lagi anak kucing tu. Sekali dah sampai kat Smart tunnel baru ingat, aku mana ada ikut jalan yang sama dah time balik. Hik hik hik. Sengalll.


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. aku penah reverse dari paking and tak sedar dah penyek anak kucing.bila balik baru tau. rasa super bersalah, tak lama kemudian kte aku terlibat dalam kemalangan kecil. suratan atau balasan?huhu

    ReplyDelete
  2. Keta aku dah ada 2 rekod kucing kena langgar.... Sadis...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template