Tuesday, August 2, 2011

Alyaa dan Taska Baru

Anak dara ku dah start ke taska kembali. Hari ni dah hari ke 2. Taska tu dekat je. Dalam 5 minit dah leh sampai. Nama dia Taska Umi Setia Kasih. Tengok ada jek dalam senarai taska berdaftar dengan JKM. My MIL dengan hasben yang carikan. Taska ni bukak awal, dalam kol 6.45am, so senang lah nanti nak antar si anak. Bila hasben dah start keje nanti, kami kena keluar rumah seawal 6.30am untuk gi kerja. Kira ngam-ngam lah nak antar anak before gi kerja.

From Google

Hari pertama, anakku dihantar oleh ayah dan nenek beliau. Hantar terus tinggal jek lepas setel-setel bab yuran bagai. Alhamdulillah, si anak tak menangis pun. Salam ayah ngan nenek dia, then ikut cikgu masuk kelas. Ayah dia pulak yang sedih sebak nak tinggalkan si anak. Huhu.

Bila petang, lepas je balik kerja, terus ajak hasben gi amik anak kat taska. Bila sampai, terus tanya cikgu, Alyaa nangis tak? Cikgu cakap, dia tak nangis pun. Pandai dia bawa diri. Alhamdulillah, legaaa...

Sepanjang perjalanan balik rumah, aku semangat je bertanya pada si anak perihal hari pertama dia di sekolah. Tapi, apa lah budak setahun lebey nih leh citer. Setakat cakap makan nasi ngan lauk ikan, main-main ngan kawan-kawan, ada abang, ada kakak...pastu dia asik ulang baca alif ba ta dengan agak tersusun sket compared to before gi sekolah taska. So, dapatlah aku faham sket-sket apa yang berlaku pada dia di taska. Hehe..tak sabar nak tunggu anak lancar dan petah bercakap....mesti banyak idea dia nak cerita dan bertanya kan.

Hari ke-2, ayah dia bitau, Alyaa rilek jek salam ayah dan masuk kelas. Tak takut, tak menangis bila ayah balik. Bijak sangat anak mama. Pandai berdikari dan kuat semangat. Dah macam-macam kita lalui kan Alyaa....mama tau, awak anak yang akan sentiasa menyenangkan ibu ayah....semoga Alyaa jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Oh, alang-alang dah update pasal Alyaa, meh nak citer sket perkembangan si anak. InsyaAllah next month bakal menginjak usia 2 tahun genap. Alyaa dah lancar hafaz 1-10 dan kenal most of the numbers. ABC ngan Alif Ba Ta dah boleh hafaz walaupun ada gak yang missing. Dan yang penting, dia dah kenal some of the alphabet ngan huruh-huruf hijaiyah tu. Pastu sibuk nak suruh orang ajar tulis lak. Hehe... Doa-doa basic pun dia leh ikut bila ayah dia bacakan. Rasanya dah kena start ajak dia solat setiap waktu. Sekarang nih, kadang-kadang je teringat nak ikut orang solat. Hehehe...

Ciluk From google

Alyaa dah pandai beritahu kalau dia yak yak...cepat-cepat nak suruh basuh. Pastu kalau lepas mandi, cepat-cepat nak pakai baju ngan seluar. Dia memang tak boleh kalau tak pakai baju atau seluar. Setengah budak kan ada yang suka pakai pampers je, tapi Alyaa memang tak nak. Dia mesti tanya mana baju ngan seluar dia. hehe...bagus anak mama....tanamkan rasa malu dalam diri tu k.

Huh...rindu nya kat anak......cepatlah kol 4pm...nak balik jumpa anakkkk...

3 comments:

  1. tunggulah dia dah pandai bercakap byk. Jenuh weh melayan cerita... kalau pulak yg imaginasi yg tinggi..cerita merapu pun byk...layan jer....

    ReplyDelete
  2. Wah...alya da p skul ek? bgslah dia da pandai berdikari...kkdg kita ni yg isau lbh kn?padahal anak kita ok je...hehe...kami ni antaq kt MIL pun kkdg pkiaq n isau bkn2... bahahah :D xtaula kalu antaq taski or nurseri... rasa nk benti keja pun ada... erm... :)

    ReplyDelete
  3. Hari ketiga dia nangis satu hari kat sekolah sampai bengkak2 mata bila gi amek petang. Macam cikgu tak pujuk2 langsung je. Hari ke 4 demam terus.

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template