Thursday, August 18, 2011

Aku Tak Nak dan Tak Akan Geletek Anak Lagi....

Alkisahnya, petang semalam semasa menunggu waktu berbuka, aku dengan Alyaa main golek-golek kat depan TV. Aku suka geletek pinggang dia. Pastu dia ngeliat-ngeliat sambil gelak-gelak suka. Comellll....

So, petang semalam, sambil golek-golek tengok babyTV, aku pun main geletek-geletek Alyaa. Terguling-guling budak tu nak lari sebab kegelian. 

Pastu, tengah syok bergelak, Alyaa terdiam. Sengap terus. Dia macam kejang. Tak boleh nak pusing pinggang. Sambil suara tersekat-sekat, dia cakap...ma..ma....saa.....kitt..... Dia pegang pinggang dia. Aku terkejut. Muka dia dah berkerut. Nak cakap tapi tak keluar suara. Statik je badan dia terpusing macam tak boleh nak straight balik. Sungguh, aku cuak gila. Terbayang macam-macam dah dalam kepala otak ni. Jangan lah anak aku paralyse ke haper, na'uzubillah!!! Terjerit-jerit panggil hasben aku.....anak aku dok keras kejang situ jek. Aku siap suh hasben gi amik tudung cepat-cepat nak gi klinik untuk betulkan pinggang anak aku. Cuak giler sebab Alyaa sampai tahap tak leh bercakap. Suara tersekat-sekat.

Dalam panik terkejut tu, aku urut-urut pinggang, belakang, bahu, belikat dia semua....letak minyak angin bagai....pastu dalam 5 minit camtu, dia dah ok balik. Cakap pun dah lancar balik. Terus bangun nak sambung main. Mama dia dok pucat lagi terkejut. Aku keep tanya je sama ada dia ada sakit lagi ke tak. Sampai lah time dia nak tidur pukul 12pm, aku dok perati je takut-takut ada efek apa-apa. Masa dok urut-urut pinggang Alyaa, aku siap compare lagi kedudukan urat belah kiri dan kanan sama ke tak...hahaha....cuak wehh....satu badan dia aku lumur minyak angin.

Alhamdulillah, anak aku ok balik. Teringat lak ayah aku selalu dok marah kalau dok cucuk pinggang anak, takut salah urat budak tu. Kan dah jadi...padan muka. So pasni, tak nak lagi buat benda yang sama. Kesian anak aku...

Anak mama yang dirindui.....hari-hari mama tinggal kan gi kerja time dia masih tido nyenyak macam ni....hehe

5 comments:

  1. ish, ish ko ni...ganas sgt main dgn anak..orng ajar lain, lain plk dibuatnya....

    ReplyDelete
  2. hahaha...tu lah kak....ganas sgt kan...mujur Allah pelihara dari jadi apa-apa yang tak elok...hehehe

    ReplyDelete
  3. erk..aku suka jugak2 cucuk2 perot budak dua orang tu,geram sangat sebab muncit..ehe

    ReplyDelete
  4. aah mmg bahaya men geletek2 neh..takut dia geli sgt ke apa kan...takut jadi menda len...

    ReplyDelete
  5. assalam...
    sis...citer sis ni udah masuk byk web dan blog le sis...saya search citer asalnya ...tu yg sampai sini tu...hihih...apa2 pun mmg jgn keterlaluan nak geletek sikit2 tu xpe le jugak...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template