Monday, July 25, 2011

Weekend Yang Penuh Aktiviti

Aku suka weekend. Sebab nyer dapat spend masa dengan hasben dan anak. Pastu tak yah kerja. Hehe. Selalunya weekend kitaorang spend masa berehat kat rumah je, atau pun setakat keluar beli barang keperluan. Tapi, weekend yang baru ni, best sangat. Banyak pulak aktiviti kitaorang satu family.

Hari Sabtu, kitaorang keluar rumah seawal pukul 9am dan balik rumah dalam pukol 10pm. Penat, tapi best. Pagi tu mulakan dengan breakfast kat KFC. Hasben ku teringin sangat nak try KFC nyer breakfast tu. Mujur ada KFC branch yang provide menu breakfast tu berhampiran gak lah dengan rumah kami. Then, after makan, kitaorang gi IKEA. Yeaaa....suka-suka sebab time kitaorang sampai tu masih awal, so tak perlu berebut-rebut parking. Maka bermula lah episode berjalan yang panjang untuk menghabiskan eksplorasi ke seluruh pelosok IKEA tu. Padahal misi utama hanya nak cari kerusi dan meja belajar untuk Alyaa jek. Ramai giler manusia.....memang serabut. Sambil cari meja dan kerusi belajar, kitaorang sempat-sempat lah survey design dan harga perabot-perabot lain di IKEA tu. So far, aku macam suka design dapur-dapur kat situ. Start dari below 10k sampai ke 50k pun ada. Hehe....

Lepas menjelajah IKEA, kitaorang pun dah lapar balik dah. Makanan brekfast tadi dah abih terbakar jadi tenaga kot. So, melarat lah ke The Curve kat sebelah. Sebab rasa happy sangat dan nak happy kan suami terchenta, aku offer nak belanja lunch. Kitaorang makan kat The Apartment. Chocolate cake dia sungguh sedap....tapi sayang, Alyaa dah tido time tu. Tak sempat dia nak merasa. Kalo makan kat sini kena hati-hati pilih meal yang tak ada alcohol. Dia memang ada tulis kat menu, makanan apa yang dimasak dengan red wine bagai, so berhati-hati di situ yaa....rasanya lepas ni tak mo dah makan kat tempat cenggini. Huhu..

After lunch, tenaga dah bertambah balik. So kitaorang sambung round IKANO lak. Masuk Harvey Norman jek....mak aaiii....perabot dan idea design kat situ memang cun lah. Terutama design untuk bedding set dia. Sangat shantekkkk......dan ada sale yang banyak....kiranya barang yang 6k bole dapat dalam 4k gitu...banyak lah tu, sapa nak kasi ko diskaun 2k sesenang macam tu je kan. Tapi sayang, kami tak der niat nak beli pun. Kalau nak beli pun, mana nak gi letak. Rumah tak dak. Adeh.....layan angan-angan saja lah.

Lepas puas berangan kat situ, kitaorang pun teruskan dengan aktiviti seterusnya. Kitaorang pergi ke Shah Alam sebab my mama ngan ayah ngan adik-adik ada kat sana. Mak ku dah rindu sangat pada si bongsu, maka mereka sekeluarga pun turun lah KL. Lepak ngan my family sampai after dinner. Best sangat!! Sangat berterima kasih pada suami ku yang sudi layan si isteri bergembira dengan keluarga terchenta.

Then, the next day, kitaorang ada kenduri. Cousin of my husband menikah dan bersanding. Meriah lah jugak. After berpanas, berpeluh-peluh dan berpenat lelah di kenduri, kitaorang habiskan masa minum-minum dan jalan-jalan shopping barang-barang dapur lak. Bila dah asyik makan luar je selama 2 hari ni, malam nya my hasben request suh masak lak. Walaupun macam penat, tapi rasa best nak masak sebab aku pun macam dah tak larat nak telan makanan kedai. Malam nye, Alyaa tido awal sebab keletihan. So, aku ngan hasben amik masa nih untuk layan movie berdua-dua jek. Cerita 'Sekali Lagi'. Best...sedey citer neh....basah lah jugak lengan baju hasben ku sebab buat lap air mata si isteri yang emosional neh. Hahaha....

Kesimpulannya, minggu ni adalah sangat best sebab dapat bergembira dan meluangkan masa dengan orang-orang tersayang. Dah lama tak rasa perasaan macam ni. Perasaan gembira dan bahagia seperti dulu....masa duduk di Kertih.....semoga kebahagian kembali berputik dalam kehidupan kami. Sesungguhnya bukan senang untuk bangkit semula membina kehidupan baru yang tidak dirancang ini. Thanks suami ku kerana amat memahami diriku....sesungguhnya diriku hanyalah insan biasa yang sangat banyak kelemahan dan ada kalanya, daku sendiri tewas dengan ujian percaturan Ilahi. Kekuatan mu, kekuatan ku jua. Kita memang ditakdirkan bersama....kerana kita saling melengkapi.....love u!



**Gambar tak dok plak skrang neh...kalau ada, later aku upload lah. Hehe.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template