Friday, July 29, 2011

Syukur

From Google

Tahun  ini adalah tahun yang penuh kesyukuran buat ku. Syukur kalau di sebut macam mudah je kan, tapi berapa banyak masa yang kita peruntukan untuk zahirkan rasa syukur tu. Syukur selalu nya relevan bila seseorang tu dapat sesuatu kegembiraan. Tapi, dalam kesenangan dan kebahagiaan yang kita dapat tu, kita mudah je nak lupa untuk bersyukur. Lain pulak tika kita diuji dengan musibah, kita akan lebih cepat untuk ingat kepada Allah. Betol tak? 


So, syukur tu bukan mudah sebenarnya.
Jangan lupa untuk sering selitkan dalam doa harian kita, agar kita sentiasa digolongkan dalam golongan hamba yang kerap bertaubat dan bersyukur. Kena minta ngan Allah untuk jadikan kita orang yang bersyukur. Bukan leh harap syukur tu akan datang sendiri bila teringat jek. Sempena Ramadhan yang bakal menjelma ni, marilah kita amik peluang untuk zahirkan lebih banyak tanda syukur kita. Nabi Muhammad pun bila ditanya kenapa Baginda banyak sangat beribadah sedangkan segala dosa dah confirm terampun, Baginda menjawab, salahkan untuk Baginda menjadi hamba yang bersyukur……hebatkan.

Alhamdulillah, kita masih ada nafas. Kita masih dikekalkan Iman dan Islam. Kita masih ada insan-insan tersayang di sisi, mak ayah, suami, isteri, anak-anak….rezeki, masih sihat untuk berjalan sana sini di hari raya, ada pulak tu kenderaan ber’air’cond’, dapat makan rendang ketupat gitu….haishh…banyak sangat lah kalau nak dihitung nikmat yang Allah bagi. Jadi, jangan lupa bersyukur. Tingkatkan ibadah di bulan mulia nih k. 

Oh, antara petua untuk kita tak terlalu asyik ngan nikmat duniawi nih (kadang-kadang boleh jadi istidraj), kita hendaklah ambik tahu gak kisah-kisah malang orang sekeliling kita. Hayati dan renungkan kisah saudara-saudara se Islam di Palestine ke, atau kalau rasa jauh sangat, tengok rancangan Bersamamu kat TV3 pun ok gak. Pastu ringankan tangan untuk hulurkan sedekah sekadar mampu. Kadang-kadang nak keluarkan sedekah 10 hengget pun kita berkira, tapi beli kopi Starbuck hari-hari boleh pulak. 



Kalau kita prihatin, sebenarnya ramai je masyarakat kat keliling yang ada macam-macam cerita malang. Kalau ada yang terbaca kisah Norma-Talib-Rafiq ke (nak tau kisah mereka sila lah Google sendiri), atau kisah-kisah hidup yang lain, cepat-cepat kita renungkan, betapa kita nih kena bersyukur. 

Bebelan ku setakat ini. Peringatan khas untuk diri sendiri, dan umumnya untuk kita semua. LOVE U ALL!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template