Tuesday, July 5, 2011

Pressure Garment Baru

Pejam celik, pejam celik….dah lebih 4 bulan encik hasben pakai PG. Dulu masa awal-awal, dia kena pakai yang full face. Tapi skrang, dah open kat bahagian muka. Tinggal nak pressure kat bawah dagu dan area sekitar kedua belah telinga je. Tangan dan kaki masih maintain, cuma bahagian jari je dah tak perlu. PG yang ada sekarang udah lusuh bebenor. Ye lah, pakai more than 20 hours per day, dah tu basuh lak hari-hari….ada 3 set, abih semua dah lusuh. Comot jer nengok abang pakai tu. Kesian lak.
Kita kesian nengok dia pakai PG, tapi dia lak rilek je. Siap cakap, kalo tak pakai PG rasa macam tak best. Keperluan pakai PG adalah seperti nak pakai underware.….hahaha…...boleh plak samakan kalau tak pakai PG rasa macam tak pakai spender. Kah kah kah….
Dan berita baik nyer, pihak hospital dah order set PG yang baru. Kali ni bukan custom made dah. Lagi canggih dan kemas, order dari German. Mulanya pihak insuran tak nak cover untuk PG baru, tapi lepas nego ngan company, derang kata jalan je…so pihak insuran kenalah dengar cakap management company. Huhu…. Mahal. Satu set lebih kurang lepas convert RM5k…..so untuk 2 set, dah RM10k…..isk isk isk…..alhamdulillah semua kos perubatan adalah tanggungan insuran. Kalau tidak, bankrap mak.
Semoga encik hasben tak perlu pakai lama-lama sangat PG tu. Tapi kan, walaupun bila pakai PG tu kat tempat umum, dia jadi perhatian orang, tapi kalau dia tak pakai, lagi lah orang tengok dan siap ada yang berani godek-godek…..kenapa berparut sampai macam tu. Lagi tak selesa kot.
Sungguh tak selesa bila gi mana-mana, orang keliling sibuk nak tengok perati kita. Rimas. Yang ramah datang bertanya pun sebenarnya saya tak suka nak menjawab kalau boleh. Sibuk lah kau. Entah macam mana lah kalau encik hasben dah kerja nanti. Tekanan emosi maaa…. Semoga orang-orang kat opis dia tak ringan mulut sangat nak bertanya macam-macam. Kang ada yang kena lepuk kepala dengan puan bini ini…garang tau. Hahahaha…. Seyes dah rasa macam protector to my hasben. Love him so much!
Adakah macam ini ghope nyer?

Cool jerk mamat ni....heh

Hand

For arm

Kesian budak nih...kecik-kecik dah kena pakai...

Atau begini kah PG baru nanti??

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template