Tuesday, July 19, 2011

Perasaan Simpati

From Google Image

Aku akui, aku adalah sangat mudah bersimpati dengan orang lain. Secara jujurnya, kalau ada kawan sendiri yang datang promote jual barang, aku amat susah untuk mengatakan tak nak walaupun aku tak perlukan barang tu. Tapi ada gak masa aku dapat kekuatan lebih untuk katakan tak nak. Tapi memang berat.
Kalau sedang berjalan-jalan, terpandang orang yang berada dalam keadaan yang kurang sempurna, aku pasti rasa sayu semacam je. Then aku suka buat analisa lak, agaknya macam mana lah cara hidup orang-orang yang bernasib kurang baik neh. Seyes boleh menginsafkan diri.
Pagi tadi aku terserempak seorang perempuan. Cantik secara natural. Tapi muka dia masam sangat. Even masa turun escalator pun dia boleh tak perasan yang dia dah sampai kat hujung escalator. Dah ada gaya nak tersadung pun ada. Punyalah si perempuan ni asik melayan perasaan dia. Tapi dari muka dia yang masam berkerut, asyik tunduk macam orang hilang keyakinan tu membuatkan aku terus terfikit, kesian, mesti akak ni ada banyak masalah dalam kepala dia.
Lepas tu, terserempak pulak seorang wanita. Dalam lif. Macam ada sesuatu yang tak kena. Berbaju kurung tapi agak lusuh. Kain pun senteng. Tudung pun macam dah lusuh. Asyik menunduk je. pastu jelling-jeling dok perati kasut aku. Aku tengok dia pakai sandal jek. Bila tengok air muka dan penampilan dia yang agak selekeh tu membuatkan aku terfikir, agaknya akak ni tak mampu kot. Tak pun, jenis berjimat. Tak pun hasben dia jenis garang yang tak bagi dia bergaya kat tempat kerja. Tak pun, dia nyer duit habis bagi kat hasben bla bla bla…..pandai jer buat kesimpulan sendiri.
Bila aku gi pos ofis lak, terpandang pak cik guard yang sangat kurus. Muka cengkung. Mata pun dalam jek. Pastu terpandang dia tengah terbongkok-bongkok kat bawah meja sambil curi-curi gigit roti. Mak oi….kesian sungguh aku nengok. Hampir menitik air mata. Kesian sangat. Pastu nampak dia gi beli air mineral kat kedai sebelah. Kesian, badan macam tak bertenaga je. Agaknyer nak makan pun susah kot, tu sebab makan roti ngan air mineral je time lunch.
Tu kira ok lagi la. Apa yang aku nampak hari ni pun di sekitar  KLCC. Dan kira bagus orang-orang tu ada kerja yang halal kan. Kat luar sana lebih ramai yang bernasib malang lebih dari ini kan. Kalau berjalan kat area stesen Masjid Jamek tu, aku selalu nampak sorang makcik ni dengan anak kecik dan seorang baby dok minta sedekah. Sedih sangat. Mesti tu susah sangat, tu sebab sanggup buat keja macam tu.
Pastu, masa blog walking, jumpa blog-blog orang kaya lagi mewah yang asyik menayang kemewahan mereka atas alasan dibayar untuk berbuat demikian…hurmm….betapa beza nya taraf hidup manusia berdasarkan kelas masing-masing.
Bersyukurlah wahai diri.
Wallahu’alam.

4 comments:

  1. sebab tu terbeli PB agaknye ek...heh

    ReplyDelete
  2. ahahaha...no komen. Kalau hanis haizi yang approach maybe tak beli lagi kot sebab tak kenal dia, tapi kalau kawan yang kita kenal neh, mudah sket terpengaruh....adess

    ReplyDelete
  3. uih nak nangis aku baca part pakcik guard tu..mokala aku silap2 p patah balik beli roti ngan air tambah bagi kat dia wei

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template