Wednesday, July 6, 2011

Orang Ego Adalah Susah Nak Menerima Teguran

Enty kali ini berkaitan emosi. Bukan berlaku pada diriku pun. Tapi terperasan dalam fesbuk dan ruangan forum yang orang suka hati je nak post apa yang dia rasa tanpa berfikir lebih panjang. Ye lah, kadang-kadang kita main post je mengikut emosi. Kadang-kadang boleh membuka aib sendiri. Sesungguhnya menerusi posting kat wall atau forum ini lah orang lain dah boleh baca diri kita macam mana. Jenis yang gedik suka loving2 ngan couple ke, jenis yang suka merajuk ngan boifren ke, jenis yang suka maki hamun atau jenis cepat naik angin ke, asik nak marah jekk, jenis yang happy go lucky dengan kehidupan yang harmonis dengan family, posting pun berbunga-bunga je….ada gak jenis yang desperate…asik tulis pasal orang yg dia suka usha bagai. Siap ada yang bila dapat contact orang yang dia admirer pun nak post gak, so habis orang tahu dia tengah desperate admire kat orang tu…..gagagaga…..aku nyer wall pun ntah macam mana lah ek.

Satu kisah nih, seseorang (A) telah terbaca satu fakta yang menarik dan berhasrat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Maka si A pun copy, and paste the statement pada wall beliau. Contoh statement, kebaikan pada mereka yang bergelar isteri solehah. Maka ramailah kawan-kawan si A yang komen cakap bagus nyer share info neh. Puji beliau bagai. Tup tup salah sorang teman dia, si B yang masih belum kahwin, dan boleh dikategorikan agak lewat usia (bagi kes wanita yer)….pun turut komen. Komen si B ni ala-ala sedih sebab dia tak tergolong dalam golongan yang ada dalam statement si A. Ala-ala macam dia berkecil hati lah dia tak mampu nak share the benefit. Dan tak semena-mena selepas komen si B, si A melenting. Melenting sebab ada yang komen statement dia tu secara tidak positif. Cara si A jawab macam merajuk dan marah bila si B nih kuar statement sedih.
Contoh ayat si A: “Ye lah, aku buat salah. Minta maaf lah pada yang terasa hati tu. Nak share kebaikan pun tak boleh…”
Erkk…kaget sekejap saya bila baca statement si A macam tu. Terus dalam hati saya menilai si A nih jenis mudah melenting. Kuat merajuk. Rasa apa dia buat semua betul, dan sangat tak boleh terima kalau ada orang lain mempertikai atau memberi nasihat sama ada untuk penambah baikan atau sebaliknya. Keras kepala. Ego. Semua ada…hamek ko.
 Si B pulak terus berdiam diri. Terkejut agaknyer dengan jawapan si A yang macam nak minta maaf tapi tak ikhlas tu. Hahaha….
Manusia oh manusia…macam-macam ada. Kalau boleh, kita neh, kalau ada yang bersuara menegur atau komen, cuba kita fahami dari sudut si pengomen tu. Cuba berada dalam kasut orang lain. Then, fikir dan fahami, baru lah menjawab. Ini tidak, udah lah orang tu tengah bersedih (orang dalam kesusahan ni memang emo dia lain sket), di marah nyer balik dengan ayat panas. Kesiannn…

**Kisah di atas adalah rekaan semata-mata sebagai analogi kepada cerita sebenar yang tidak dapat diceritakan di sini kerana menjaga nama baik semua pihak. Hahahaha.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template