Friday, July 8, 2011

My Dear Daughter at 1 Year and 9 Months

Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaan Ilahi.
Dah lama tak pernah tulis pasal si manis. Si manis sekarang lebih rapat dengan ayah kerana mama sibuk siang-siang pergi kerja. Ayah yang jaga si manis setiap hari. Mama jeles….hihi.
So far, si manis dah petah bercakap. Tak pelat sangat sebab semua orang tak der yang bercakap pelat dengan dia. Hehe. Pagi-pagi sebelum mama gi kerja, kadang-kadang dia bangun gak. Minum susu dan babai mama. Pastu sambung tidur balik sampai pukol 9 lebey. Nih aktiviti anak dan ayah. Comel jek. Sekali lagi mama jeles. Si manis suka sangat main tulis-tulis dan baca buku. Memang dah ada buku khas dan board khas untuk dia main tulis-tulis atau lukis-lukis. Suka ngat tarik tangan mama suh lukis apa-apa untuk dia teka. Erkk…kat sini kepakaran melukis mama teruji. Kadang-kadang tu semangat kita melukis, dia tak reti nak teka….nampak sangat apa mama lukis tu tak jadi. Bila tunjuk kat ayah, ayah pun gelakkan lukisan mama. Adeh….memang kena praktis melukis lah daku.


 Tak tahu naper gambar terbalik. Puas dok pusing-pusing, tapi dia nak jugak terbalik. Hentam aje lah.

Baca buku pun sama. Mesti kena ajak mama atau ayah. Mula-mula kita yang ajar dia sebut or ceritakan kisah dalam buku tu, end up dia plak yang tanya kita…..”mama, mana gambar ayam?” “ Mama…mana kucing meow2….??” “mama, neh mama bear tengah bagi anak ayam makan.” Adeh….sapa yang ajar sapa neh. Ayah dah berani bagi buku-buku cantik dan mahal macam kamus bergambar  sebab si manis pandai baca buku sopan-sopan. Tak der koyak-koyak atau bukak ganas-ganas. Kalau mama tengah berangan tengok majalah home deco, dia pun sibuk ler dok tunjuk dia nak katil macam ni, nak pipe air basuh tangan macam tu, nak dapur macam gini….end up majalah yang asalnya mama dok berangan beralih tangan ke si manis. Dia pun nak berangan gak…hahaha…

Time bangun pagi ngan time lewat petang dah pandai dah ajak gi mandi. Siap ambil tuala ngan cebok air. Kalau mama skip malas nak sabun, dia yang bising minta sabun. Hahaha. Kalau buang air besar pun dah pandai cakap….yak yak, terus gi tunggu depan pintu toilet. Tapi mama tatau lah biler nak start toilet train neh. Kecik lagi kot. Ke mama yang malas? Hihihi… Nak pakai baju,s eluar or kasut pun dah pandai hulurkan yang kanan dulu. Dah boleh identify mana kanan, dan mana kiri.

Kalau mama cakap tepon ngan tok mama, dia pun dah berminat nak cakap sama. Siap demand nak cakap ngan tok wan, ngan pak ngah….bagus tol. Bila tengok gambar, dia dah kenal dah siapa orang dalam gambar tu. Dah boleh sebut ni gambar siapa….mujur bila tengok gambar kahwin mama, dia cam tu mama dia…so mean that, mama tak banyak berubah lah tu. Hahaha.
Time makan, kalau boleh semua nak buat sendiri. Suap makan ngan minum semua sendiri. Siap minta sudu ngan garfu dan juga bib dia. Kalau ada yang tertumpah, dia yang cakap….”haa…haa…tumpah.” Pernah mama marah, tapi tak ingat kes apa. Boleh lak dia berdiri terkebil-kebil sambil tunjuk jari telunjuk dan cakap, “haa…haaa…mama marah. Tak tahu.”….terus mama tak jadi marah. Hahaha.
Kalau nak gi jalan, dia dulu berlari cari kasut. Pastu kat public pun tak banyak karenah. Suka je duduk atas stroller. Kalau nak jalan, dia yang request nak jalan. Bila dah penat, dia request nak duduk atas kerusi a.k.a stroller. Time berjalan, dia yang tarik tangan mama atau ayah nak pegang. Romantik lah awak. Kalau dalam kereta, si manis dah pandai identify mana kereta, lori, bas, basikal dan motosikal. Paling tak tahan, dia penah tunjuk kat satu keta Volkswagen neh, “tu kereta botak.” Agaknyer sebab lampu kereta tu bulat jer tersembul keluar. Kah kah kah. Kapal terbang pun dah kenal sangat dah. Hahaha.
Iphone mama dah jadi barang mainan. Expert nau cari youtube, game, photo gallery, camera. Pastu pandai lak tu search cari video abc ke, pocoyo ke, alif ba ta….gummy bear pun dia layan sambil terhangguk-hangguk kepala. Bahaya neh. Kena pantau penggunaan youtube di kalangan kanak-kanak. Dalam phone tu kadang-kadang mama cek penuh gambar muka dia..…bila ntah dia amik gambar sendiri. Kadang-kadang ada gambar kaki dia lah, tangan lah, gigi lah. Hahaha….memang suka ati dia je nak amik gambar apa pun.
Bila time azan, mesti dia bitau semua orang, azan! Pastu ajak solat. Kena ada sejadah gak untuk dia. Pastu dia pun ikut lah angkat takbir, sujud bagai. Bila time dah abis solat, kita nak doa, pandai lak dia meh duduk atas riba sambil tadah tangan nak amin kan doa. Kalo dengar  doa lepas azan kat radio or tv, mesti dia tadah tangan sampai habis. Sapa tak tadah tangan, mesti dia suh amin gak. Same goes to kalau nak makan, naik keta, mesti dia remind….”mama, amin”. “ayah,amin.” Orang tengah drive pun kena amin gak. Hahaha. Kalau baca al-fatihah, dia boleh ikut kat …iyyakana’budu wa iyya ka nasta’in… Si manis gak dah pandai sambungkan alif ba ta yang kita bacakan. 1,2,3 dah boleh kira sampai 10. Abc pun boleh lah sekerat-sekerat. Kena ajar kenal suku kata lak lepas ni.
Kereta-kereta si manis pun nak parkir dalam porch sama ngan kereta atok dia.
Si manis gak dah pandai kenal rasa makanan. Pedas, sejuk, panas, sedap….dah boleh gitau kita. Agaknyer caner lah nak kenalkan rasa masin, pahit, masam lak ek. Dah pandai minta coklat dan ais krim. Tapi boleh bagi sekali sekala time nak reward je lah. Si manis gak dah pandai bitau apa dia nak. Nak garu ke, nak makan ke, nak minum ke, nak tengok tv ke, nak tidur ke, nak letak minyak angin kat perut ke….so senang kita nak faham apa dia nak. Air ngan makanan pun dah demand apa yang dia nak je.

Arrgghhh…rindu lah si manis. Seyes rasa macam nak lari balik umah je time ni jugak nak gi peluk-peluk si manis. Oh, sekarang, si manis sangat suka datang dan cakap nak peluk. Pastu dia peluk, tenung muka, then senyum and cium mulut mama. Comelll……belum lagi time kita baring dia datang elus-elus pipi kita. Seyes, dia buat sama apa yang dia nampak dan apa yang kita buat pada dia.
Semoga anak mama menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga anak sulung mama menjadi kakak yang best untuk adik-adik kelak. Alhamdulillah, syukur.

2 comments:

  1. Dah besar aliya ya, semakin manis.....peluk cium dari auntie zai utk aliya ya...

    ReplyDelete
  2. a ah dah besar...patut ada adik dah kan...hehehe

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template