Thursday, July 28, 2011

Lain Fesyen Tudung, Lain Jadinya

Sekarang adalah sangat bermacam fesyen tudung dan hijab yang ada di sekeliling kita. Ada yang cantik dan kemas dipandang, dan ada jugak yang nampak serabai amat. Tapi, semua itu orang dah tak kisah atas alasan, fesyen maa…
Aku suka pakai tudung bawal jek, tapi ada gak berjinak-jinak dengan tudung awning dan shawl. Dulu masa tinggal di Terengganu, tudung bawal adalah sangat mudah diperoleh dengan harga yang berpatutan dan latest design gitu. Tapi sejak duduk di KL, amat susah nak dapatkan latest design tudung bawal dengan harga yang logic dek akal. Maka, aku pun dah banyak buat koleksi tudung awning yang bersepah jual merata dan murah gitu. Oh, tak pernah pakai Ariani pun sebab rasa macam mahal sangat…padahal leh dapat kualiti lebih kurang jek kat luar dengan harga yang lebih berpatutan. Berkira kan aku neh. Hahaha.
Dan, dalam setiap pemilihan jenis fesyen tudung, impak nya adalah berbeza. Contoh, tengok lah perbezaan muka ku ini….
Pakai shawl muka tak nampak tembam sangat.

Pakai tudung awning, mak ai pipi ku naik bam bam....haha

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template