Tuesday, July 19, 2011

Kepelikan Individu Sebelum Ditimpa Tragedi

From Google Image

Korang perasan tak, kalau baca mana-mana surat khabar lah kan, dalam kes-kes kemalangan , tak kisah lah kemalangan jalan raya ke, lemas dalam sungai ke, kena bunuh atau sebagainya, mesti akan ditanya perubahan kepada si malang sebelum kejadian. Pandai je kan wartawan ni nak cucuk-cucuk family member si malang tu. Bertambah-tambah sayu lah family member derang if ada yang perasan apa perubahan pelik pada si malang sebelum ditimpa tragedi. Tapi, apa kah siknifikasinya ek? Memang ada ker perubahan pelik sebegitu? Hurmmm….wallahualam.
Aku tak pernah share lagi kan pasal perubahan yang terkesan dalam ingatan ku, yang berlaku pada chenta hati sebelum tragedi 14 December tu. Sebenarnya, sejak beberapa hari sebelum hasben terchenta gi kerja di laut, aku dah perasan ada kepelikan dia. Tapi, cuma abaikan je lah. Then, after incident happened, baru lah dok teringat balik….agaknyer patut lah dia macam ni, macam ni…..
Project shutdown yang dirancang kali ni memang pelik dari yang sebelumnya. Ada jugak aku suarakan, kenapa tak seperti yang sebelum-sebelum ini…kenapa kali ni nampak kelam kabut sangat, kenapa masa yang diberi untuk buat persiapan semua kejap sangat….sampaikan slot wajib yang melibatkan isu keselamatan pun boleh skip…dengan reason leh guna pakai slot lama yang dah buat untuk shutdown dulu  tapi last minute tak jadi shut down (about a few months before). Sepatutnya memang patut ada sesi ala-ala taklimat keselamatan bagai, tapi kali ni macam pelik sebab tak ada. Then, bila aku tanya dah request pada shut down coordinator ke belum, boleh lak encik hasben terlupa dan cakap dia baru teringat bila aku tanya. Then, mujur dia ikut advice aku suruh email coordinator team tu bitau at least dia and the team nak buat shut down. Walaupun tak ada respon dari team tu (maybe sebab masa suntuk kot), tapi at least ada effort from my hasben nyer team…as a proof yang boleh diguna pakai masa soal siasat aritu. Huhuhu. Ok, tu kepelikan pertama, iaitu sesuatu yang di luar kebiasaan dan penuh kelam kabut.
Pernah satu hari nih, rasanya 2 hari before dia gi laut, dia ada cakap, lepas ni dia dah tak nak lagi lead shutdown neh. Ini lah yang terakhir. Kat situ aku dah rasa pelik. Bila ditanya balik, kenapa dia cakap macam tu sebab macam tak logic jer dia tak nak lead lagi sebab dia je pun yang paling senior kat operation area tu…..dia jawab entah. Harap-harap ada junior yang boleh take over. Dia nak buat kerja lain lak kalo boleh. Ok, aku pun diam je lah.
Sehari sebelum dia gi laut, adalah anniversary ke 2 kami. Semua nyer berjalan seperti biasa. Mulanya plan nak gi honeymoon kali ke sekian kali, tapi terpaksa cancel sebab shutdown yang tiba-tiba ni lah. Malam tu kami sekadar beli kek Secret Recipe je untuk dimakan bersama. Ingat lagi encik suami simpan dalam peti sejuk baki kek tu sebab kami tak larat nak habiskan. Siap amik video lagi malam tu sambil makan kek anak beranak. Dan kek tu kekal dalam peti sejuk sampai lah beberapa bulan selepas kejadian sebab aku memang dah tak amik port apa jadi kat rumah time tu. Hahaha.
Pagi tu, encik hasben tak masuk ofis sebab chopper dia dalam tengah hari. Kami plan nak kuar breakfast sama-sama. Makan nasi lemak. Then, hantar dia balik ke rumah semula dan saya balik ke ofis. Tengah hari tu, saya balik untuk hantar dia ke airport. Terkejut tengok rumah kemas semacam. Boleh lak dia ngemas rumah, mop lantai bagai. Siap susun atur katil kat bilik tidur pun encik hasben ubah konon-konon untuk lebih selamat tidur dengan anak yang suka golek-golek. Pastu tengok dia belikan bekalan air mineral sangat banyak. Ada 6 botol besar air 5 liter tu. Mak aiii….biar benar. Macam nak tinggal lama je kan. See…dah ada kepelikan kat sini.
Pastu, masa nak gi, sempat lak encik hasben hulurkan duit belanja yang banyak. Serius sebelum ni dia tak pernah bagi duit ok kalau dia nak gi laut. Tapi kali ni dia bagi dan banyak plak tu. Aku pun heran dan tanya naper banyak sangat neh, dia cakap simpan je lah. Ok, fine. Dan duit itu lah sangat berguna masa seminggu aku kelam kabut kat hospital Kuala Terengganu aritu. Sebelum tu, pagi-pagi sebelum aku gi kerja, dia ikut hantar anak kat nursery. Masa tu aku dah agak lambat. Boleh tak masa dalam kereta dia peluk anak kami lama sangat. Peluk sambil cakap dia saaayaaanngg  sangat kat Alyaa, pastu diam je menikmati pelukan tu. Sampai aku sound, cepat lahhhhh….dah lambat. Baru dia lepaskan pelukan tu. Serius aku rasa pelik, tapi buat dunno je lah.
Masa hantar ke airport, satu lagi kepelikan dia. Dia terus keluar dari kereta, ambik beg dan pergi terus ke dalam balai berlepas. Langsung tak salam ngan aku. Sebelum ni tak pernah kot kami miss salam salam kalau nak pisah jauh-jauh. Aku pun tak terkata apa. Mungkin sebab dia dah lambat kot nak check-in. Doa je lah semoga hasben ku selamat semuanya.
Bila balik rumah, tengok kat atas sofa, dia tinggalkan beg hitam yang memang selama ni dalam simpanan my hasben. Dalam beg tu ada semua dokumen penting, surat nikat, surat beranak, passport kami etc…..hurm, pelik. Tak pernah dia tinggalkan macam tu jek. Selalunya dia cuma cakap je beg hitam dia ada dalam laci ke haper. Ni terus letak kat depan ruang tamu macam memang dengan niat nak bagi aku mudah nampak.
Hurmm…..itulah perkara pelik yang memang aku ingat. Seyes, sayu je bila terkenangkan…..dah lah hari tu aku ada tanya, apa perasaan dia bila tengok gambar kahwin kami? Dia kata ada gak terasa sedetik di hati sebab muka masa tu tak sama ngan muka sekarang……sob sob sob…..sedih lak aku dengar. Tapi tak pe lah, yang penting dah ok semua kan. Hehehehe…..i’m in love, laling!


1 comments:

  1. aku kan paling pantang bila orang dok tanya apa yg pelik or perubahan orang yang ditimpa musibah tu..bukan apa,satgi aku pun dok p observe apa yg pelik kat family members aku,takut menyesal tak sudah

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template