Monday, July 25, 2011

Hurrmm...

Baru sampai rumah. Excited nak jumpa Alyaa. Rindu nya kat anak selepas seharian di pejabat. Bila sampai, tengok semua orang keluar. Then abang SMS bitau mereka pergi carikan dan survey taska untuk Alyaa.

Teringat dulu masa di Kertih, aku ngan abang sibuk dan struggle nak carikan taska dan pengasuh untuk si anak yang masih bayi. Walaupun seksa, tapi puas hati dan hepi. Of course, as a mother, kita nak beri yang terbaik untuk anak kan. Nak carikan sekolah yang paling selesa, nak sediakan makanan yang paling berkhasiat (alhamdulillah dapat gak menyusu si anak secara ekslusif for the first 6months), nak belikan pakaian paling cantik untuk si anak......dan kalau boleh, seorang mak itu, nak buat semua untuk si anak.

Tapi, sekarang, aku dah tak mampu nak jadi mak sepenuhnya untuk si anak. Secara jujur, aku amat sedih, berkecil hati dan tatau lah nak kata apa lagi....bila mana pengurusan si anak, telah banyak diambil alih oleh orang lain.

Tapi, aku tahu, semua orang mahukan yang terbaik untuk si Alyaa. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara Alyaa sebaiknya agar sentiasa memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat. Mama hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mu sayang....

Mari tido.....kerana tido dan makan dan shopping itu adalah terapi terbaik walaupun untuk seketika. Kena pula tengah cuti-cuti Malaysia, emosi pun tak stabil...so jom tido sampai pagi esok.

1 comments:

  1. seronok kan dok KL, asyik soping jee manjang... tp yg x sronok nyeee poket kempis x dan hujung buulan.. hhehehehh

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template