Monday, July 18, 2011

Durian Oh Durian


Korang suka makan durian tak? Sedap kan, tapi kalau dah banyak sangat, bikin pening kepala laaa. Alkisahnya, 2 minggu lepas ikut parents-in-law balik kampong di Melaka sana. Khabarnya kebun durian mak mertua ku dah berbuah lebat. Semangat jek rasa sebab leh makan durian sepuas hati. Best wooo…balik kampong lepak rumah dusun. Siap nenek ngan makcik encik hasben tiap-tiap malam tido kat kebun jek sebab nak pungut durian. Saya pun tak lepaskan peluang gi pungut durian. Macam best jek bila jalan-jalan nampak durian. Pastu kumpul banyak-banyak, bawa balik ke rumah dusun.
Kami balik sehari jek, then malam tu dah balik KL. Memang bawa bekal banyak sangat buah durian. Penuh lah bonet kereta Honda Accord pak mertua ku itu. Siap dalam perjalanan tak leh pasang air cond sebab bau durian kuat sangat. So, bila dah kat rumah, bermula lah episode hari-hari makan durian. Ya Allah, tekak nih dah rasa semacam je bila nampak durian. Bau tu tak payah cakap lah. Hidung pun dah immune sebab setiap masa hidup dalam dunia durian.
Pastu, saya gi training ke Kuala Terengganu. Best-best. Bila habis training, dengan harapan dah tak perlu makan durian lagi, tapi sekali sangkaan ku salah daaa…..ada kawan pak mertua ku baru balik dari kampong telah membawa berguni-guni lagi durian untuk kami. Mak aiii….sabar je lah. Kain baju kat umah tu dah berpewangi durian dah kot.

Bila nengok durian yang berlonggok tu, saya dah risau mikirkan bila lah nak habis semua neh.  Sampai terbawa ke dalam mimpi pasal durian neh. Last Friday, bangun pagi masuk dapur tengok durian dah tak ada sebijik pun. Wah. Terkejut. Sapa lak makan berpuluh-puluh bijik durian dalam masa sehari?? Rupa-rupanya pak mertuaku dah agih-agihkan kepada jiran-jiran. Legaaaa…. Hasben pun nampak macam lega sebab memang saya ngan dia je lah yang kena habiskan durian tu. Suara dia pun dah macam suara itik. Serak semacam. Hahaha…panas kot.
So, bila dah habis semua durian tu, tak perlu lah risau lagi. Bukan apa, bila mak or pak mertua ku kopek kan durian tu, then suruh kami makan. Kalau tak makan, kesian lah plak. Kalau di makan, badan yang kepanasan. Tersepit tol. Tapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mak ngan Bapak mertua ku balik kampong lagi dan pulang ke rumah dengan berguni-guni durian lagi. Pulak tu, ada lak jiran yang baik hati menghantarkan kek durian kepada kitaorang sebab dah bagikan durian pada dia. Alamak…..semua benda durian. Memang jodoh ngan durian tak sudah-sudah. Kepala nih dah pening semacam ngan tekak rasa nak terkoyak jek. Pulak tu tengah berpuasa ganti. Tak leh nak minum air banyak-banyak. Huwaaa….tak mo makan durian lagi tapi macam mana nak elak…….jangan lah mati kerana makan durian. Sob sob sob.
Kek Durian from Google

4 comments:

  1. jengae...ko nak durian tak? meh lah umah aku. hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha... kelakar gile ah aku baca cite durian neh. gelak2 aku kat opis. kekeke.. btw, aku tak mo durian. haha
    -ini adalah intan megikari-

    ReplyDelete
  3. kahkahkah aku bknla penggila durian tp kalau dpt durian free bes gak kan hahahah

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template