Wednesday, July 6, 2011

Best Friend

Bila tengok gambar orang hang out dengan kawan-kawan dan best friend masing-masing, seriously saya teringin dan rindu sangat nak buat benda yang sama. Selepas berkahwin, memang saya dah tak pernah keluar dengan kawan-kawan lagi. Reason? Asik dok ulik suami ngan anak jekk…dan best friend sekalian pun dah sibuk dengan family dan kerjaya masing-masing.
Mengimbas kembali…..sahabat, best friend, best buddy, teman-teman yang amat dirindui….
Zaman sekolah: Sarah, Ida, Fie, Wazeera, Ifa, Watie …..byk lagi…
Zaman Universiti: Ada 2 kategori. Kategori dak batch/coursemate: Syikin, Fisza, Nor, dan banyak lagi…. Kategori dak masjid lak: Nor, Udie, Alin, Shud, Faizah, Hajar, Maziah, Dila, dan ada raammmaiii lagiii…
Zaman Kerja: Rosh, Ila, Lily, Fie….dan juga ramai lagi.
Zaman Dah Kahwin: Ada ke??/ Laki ku kot.
Ya Allah, rindu giler kat semua best buddy ku….nak nangis je rasa biler teringat segala suka duka yang dilalui bersama.
Apa yang boleh dibuat dengan best friend/best buddy neh??
1.       Geng makan
2.       Geng study
3.       Geng gossip
4.       Geng berhibur
5.       Tempat nak cerita segala rahsia especially kat sapa kita minat, sapa yg kita menyampah etc
6.       Tempat nak luahkan rasa sedih kalau ada benda yang tak best terjadi
7.       Tempat nak ceritakan rasa marah dan tak puas ati kepada perkara yang menyakitkan hati
8.       Geng untuk soping/window soping sambil belek2, try test dan komen2 pasal barangan di soping mall
9.       Geng untuk bergelak ketawa….kadang-kadang terbabas tergelak kuat skali
10.   Bila bosan tak der keja, leh gi buang karan sama-sama seperti berbasikal ke taman permainan atau berjoging di keliling tasik
11.   Tempat rujukan kalau ada masalah….kongsi pandangan
12.   Tempat bertanya pendapat dan selalunya pendapat yang diberikan adalah jujur dan tepat
13.   Geng tidur sekali selepas tengok atau dengar citer hantu
14.   Geng untuk menggemukkan badan dengan menikmati junk food bersama
15.   Geng untuk berdiet bila rasa perut dah naik
16.   Semua perkara dan pandangan selalunya kena dan tepat pada selera
17.   Geng untuk berjalan-jalan melancong dan makan angin
18.   Dan macam-macam lagi lah perkara yang boleh dilakukan bersama
Best kan ada kawan baik neh.....Hurmm….macam mana nak jadikan pasangan kita seperti kawan baik kita? Boleh kah?
Bila saya utarakan persoalan ini pada encik hasben….jawapan beliau adalah…..”Boleh je jadi kawan baik, back to perception masing-masing lah. Tapi tak setiap masa dan detik, pasangan suami isteri tu boleh jadi seperti best friend….sebab best friend tak akan berbincang pasal perancangan masa depan, perancangan untuk anak, hal ehwal kewangan, perancangan nak beli rumah kat mana, perancangan nak balik raya kat mana dan segala perkara yang berat-berat neh. Tapi, bila time nak cakap or talk about humor, light and easy things, yes, we can be like a best friend. As a best friend, decision still most probably efek pada individu je, tapi kalau dah pasangan suami isteri, every decision akan melibatkan lebih dari satu buddy’.
Betol gak tu… Kesimpulan nya, normally kawan baik adalah melibatkan kegembiraan dan perkara yang ringan-ringan je. Kalau melibatkan isu berat dan besar dalam menentukan hala tuju kehidupan, isu yang lebih serius, susah gak nak cakap ngan kawan baik neh kan…heeheee……
Semoga suami terchenta sanggup menjadi sahabat,pasangan hidup, best friend, mate dan apa-apa aje lah istilah yang ada…..Tapi naper bila gi soping ngan abang tak rasa best macam gi soping ngan kawan pompuan yang giler-giler….sebab, tak der nyer laki ku nak join daku main try make up-make up kat kedai make up tu. Hahahaha…..

2 comments:

  1. Namaku disebut...hehe...suna...awat blog suna bila kami boh link kt blog kami dia xkuaq lattest update ek?kami da lama x jenguk blog suna sbb depa tak pop up latest entry suna..peliks!

    ReplyDelete
  2. hahaha..ye ke...kami pun tak tahu lah...ada kot setting kami ke yg lari...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template