Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Karim

Cilok From Google

Beberapa hari lagi dah nak sambut Ramadhan. InsyaAllah, kalau panjang umur, kita semua boleh merayakan bulan mulia ini sekali lagi untuk tahun 1432H ini. Mesti semua orang sibuk ngan persiapan nak puasa ni terutama kaum ibu-ibu. Nak make sure bekalan makanan untuk di masak masa sahur ngan berbuka semua dah ready. Stok kering, stok basah semua kena ada. Teringat lak telur masin, serunding, sardine….laku lah bulan nih. Hehehe


Nak raya pun kena ada gak persiapan. Tema baju raya bagai. Hik hik hik. Kepada yang nak tukar duit raya kat bank tu, jangan tunggu last-last minute. Kang tak dapet, nayaa….


Bestnya kalau dapat balik berpuasa dengan mak ayah di kampong. Kami insyaAllah akan pulang ke kampong ku beberapa hari sebelum raya, So dapatlah jugak insyaAllah nak merasa puasa ngan mak ayah dan adik-adik. Lepas raya, adik bongsu ku akan terus ke Jordan, meneruskan perjalanan beliau menuntut ilmu. Bakal doctor insyaAllah. Semoga mak aku tak sedih-sedih sangat. Kalau rindu sangat kat adik, kita pi Jordan yer mak. Hehe…so pesanan untuk diriku, sila simpan duit untuk berulang alik  gi Jordan yer….

Meriah je dengar orang sekeliling dok sibuk-sibuk dengan persiapan masing-masing. Tahun ni, pertama kali nak berpuasa sepenuhnya kat rumah PIL. Tahun-tahun lepas sekadar balik kejap-kejap jek. Hee… Bab-bab persiapan nak puasa nih, aku ngan hasben tak der buat apa-apa pun. Boleh tak kalau semua nya serahkan pada mak ngan abah jekk…keh keh….sebab kitaorang pun tak tahu apa nak buat. Hasben ku ada gak buat persiapan apabila dia telah membeli sebuah Quran tafsir yang bapak besar untuk di khatam kan sepanjang bulan Ramadhan, insyaAllah. Abang, awak baca ek, then citer kat saya k…hik hik hik.

Persiapan nak raya pun biasa-biasa jek. Mak aku kata dia dah sediakan baju kurung untuk ku dan anak ku. Tu je lah. Aku ngan hasben tak der lagi plan nak gi beli baju raya ke haper….untuk anak pun tak tahu lah bila nak beli. Kitaorang macam tak kisah sangat, kalau ada, ada lah. Hehehe. Yang penting, kena sedia duit raya yang secukupnya untuk disedekahkan kelak. Time nih lah boleh amik kesempatan nak tambah amal sedekah. Keutamaan sedekah adalah pada keluarga terdekat dulu, then baru pada orang-orang lain. 


Seminggu sebelum Ramadhan nih, aku dah start amal Mathurat hari-hari macam dulu. Dah lama terberhenti amalan nih. Nak struggle jadikan amalan harian balik.  Semoga Ramadhan kali ni lebih membawa kebaikan kepada kita semua. Sangat nak target khatam Quran sepenuhnya, tarawih pun teringin nak gi semaksima mungkin. Tapi, tak tahu lagi lah macam mana kalau nak bawa si anak solehah mama tu. Nak suh dia pakai tudung pun masih dalam peringkat trening. Seyes, mek tu tak suka sungguh letak apa-apa benda pun atas kepala dia. Aiyokkk… 




Kebetulan lak, mak ngan abah mertua ku nak gi umrah dalam bulan puasa nih, terus sampai ke raya. So, kitaorang memang balik raya di Perlis lah. Best kan gi umrah dan puasa kat Mekah. Teringin sangat. InsyaAllah kami akan menyusul gak nanti, tunggu abang betul-betul sihat. Kena pulak adik bakal belajar di Jordan, so insyAllah moga Allah mudahkan kami semua dapat menjadi tetamu-Nya untuk beribadah di Mekah, sama ada umrah atau haji. Amin.

1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template