Wednesday, June 15, 2011

Trend Kahwin Suami Orang

Quote from Utusan:
Punca gadis sanggup bermadu
KUALA LUMPUR 14 Jun - Sikap lelaki berstatus suami orang yang penyayang dan matang adalah punca utama wanita muda jatuh hati sehingga sanggup bermadu dan mengetepikan perasaan berkongsi kasih pada masa kini.
Ini seolah-olah sudah menjadi trend wanita muda untuk mendapatkan lelaki matang berbanding lelaki muda yang masih lagi mencari kehidupan yang stabil.
Presiden Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, wanita perlu bijak membuat keputusan kerana kesan jangka panjang iaitu berasa cemburu kerana terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.
"Kita sedia maklum wanita punyai perasaan cemburu, kita khuatir ini akan menimbulkan kesan negatif pada masa akan datang.
"Wanita yang ingin berkahwin mahu rasa selamat dari segi kasih sayang, kebahagiaan dan kehidupan yang sejahtera.
"Oleh itu, mereka percaya lelaki sudah berkahwin ada ciri-ciri tersebut namun mereka lupa ada juga sesetengah lelaki gagal melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu wanita muda tidak kisah hidup bermadu yang dipaparkan Utusan Malaysia, semalam.
Zaleha berkata, wanita kini dinasihatkan supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar tidak terlalu bergantung kepada golongan lelaki.
"Wanita yang mendapatkan suami orang ini juga dilihat sebagai mencari jalan pintas untuk memperoleh kesenangan.
"Kita perlu meletakkan diri mereka dalam satu tahap yang tinggi dan tidak perlu mengharapkan sesuatu daripada kaum lelaki," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, lelaki yang berstatus suami orang juga bersifat agresif dan bijak menakluk hati wanita.
"Mereka ini cenderung mempamerkan perasaan berbanding lelaki muda yang malu untuk menyatakan perasaan.
"Lelaki yang merupakan suami orang ini juga sanggup berhabis wang ringgit untuk memiliki hati gadis sehingga mereka rasa terharu dengan kesungguhan lelaki tersebut dan menjerat diri sendiri untuk berkongsi kasih," katanya.
.
.
.
Hoh, tak best betol bila baca laporan nih. Hampess. Entah naper, memang aku perasan, ramai gak gadis-gadis muda sekarang yang sangkut dengan suami orang. Mungkin betol apa yang diungkapkan dalam paper nih. Memanglah….ketentuan jodoh tu urusan Allah. Tapi, pada gadis-gadis yang bermentaliti seperti di atas ini, tolong lah beringat sket. Tak mustahil, si lelaki tu boleh buat benda yang sama pada awak bila dia dah rasa awak dah menjemukan. Hehehe….cari jek yang muda belia apabila stok lama dah tak berapa nak muda sangat.
Nak gak tempek kat sini...masih feeling pengantin baru :)

Moga dijauhkan. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template