Tuesday, June 21, 2011

Tiba-tiba Rasa Sedih

Saya masih di Perlis. Sepanjang kat rumah, saya tengok mak kerap menangis sendiri. Walaupun mak ceria je macam biasa, tapi bila mak bersedirian, mesti mak menangis. Betol cakap ayah, mak menangis hari-hari. Mak pun dah kurus. Huhu...sedih. Macam mana nak bagi mak gembira....mak sunyi kot....mak rindu anak-anak dia kot....terutama adik.

Kan best kalau saya dapat banyak cuti. Saya boleh balik Perlis selalu melawat mak dengan ayah. Boleh mak dengan ayah main dengan cucu neh. Semoga Allah permudahkan.

Pastu tadi, bila buka blog my husband....oh....sentap kejap. Tiba-tiba air mata mengalir.....bila tengok gambar dia masa tu.....teringat. Huhu...sedih lagi. Ditambah plak rasa rindu kat dia. Hehe...dah 4 hari saya berjauhan dari dia.

Petang ni jugak dah nak balik KL. Sedih nak tinggal mak ngan ayah. Sedihhh lagi....aduss.

Tak mo sedih-sedih. Tak mo orang yang kita sayang bersedih. Aduss... Tapi dalam hidup ni ada belaka. Saat bersuka, bersedih bagai. Tak leh pilih-pilih....kena tetap redah jugak. Hihihi.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template