Monday, June 27, 2011

Takziah Buat Teman Yang Kehilangan Insan Tersayang

Saya pernah nonton satu cerita neh. Ayah dia sakit, nak mati. Masa nazak tu, anak dia nangis sebab sedih, pastu ayah dia cakap....jangan lah bersedih. Memang hidup kita adalah untuk mati pun. Hurmm...betol gak tu. Nak tak nak, cepat atau lambat, MATI itu pasti.

Dalam tempoh tak sampai sebulan neh, ada beberapa orang yang saya kenali telah kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka.

2-3 minggu yang lepas, semasa saya sedang mengikuti training di luar KL, rakan sepejabat telah kehilangan mama beliau. Sungguh saya terkejut mendapat perkhabaran itu. Sebelum saya ber'training', rakan saya itu sedang sibuk-sibuk mengaturkan persiapan untuk majlis pertunangan dia. Memang sepanjang masa bekerja dengan dia, acap benar dia berbual dengan mama dia pasal persiapan untuk majlis pertunangan tu. Bila dengar dia bercakap ngan mama dia, aduhai, comel sungguh. Membahasakan diri dengan panggilan adik lak tu. Terus terfikir, rakan ku ini memang sangat rapat dan manja dengan mama dia. Then, bila dapat berita mengejut tu, memang dapat dibayangkan betapa sedih nya hati rakan ku itu. Rasanya, mama beliau meninggal selepas majlis pertunangan nya. Akibat serangan jantung. Semoga ruh mama rakan ku ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang solehah.

Minggu lepas, sebelum balik ke kampung untuk menziarah mak ayah, terlintas di hati ini nak gi ziarah mak kawan baik ku, Siti Sarah, yang sedang sakit. Kebetulan kawan baik ku itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam 3 minggu lepas. Tapi, dek kerana kekangan masa, langsung tak sempat ziarah ke rumah makcik tu. Bila dah balik ke KL, dapat perkhabaran dari kawan baik ku itu, mak dia dah meninggal. Ya Allah, terkejut sangat. Tak tahu naper, air mata laju aja mengalir. Sedih. Terkilan gak sebab tak sempat ziarah mak cik. Mak cik dah lama menderita kanser. Kebetulan aku agak rapat dengan keluarga kawan baik ku itu. Kami berjiran sekampung. Memang rajin ngat ulang alik ke rumah kawan baik ku itu. Mak dia buat laksa sedap sangat. Hari raya je, rumah dia memang destinasi pertama sebelum gi rumah tok sebab rumah dia paling dekat. Tapi, kini, mak cik tu dah pun meninggal dunia. Semoga ruh mak cik Aisyah di tempatkan di kalangan hamba Allah yang solehah.

Minggu lepas juga, dapat tahu ayahanda kepada sorang sahabat telah meninggal akibat strok. Terharu bila mendapat tahu usaha si anak untuk berbakti kepada si ayah sehingga ke saat akhir. Dari saat ulang alik ke hospital sehinggalah ke urusan memandikan jenazah dan pengebumian juga dilakukan oleh si anak. Itulah bakti fizikal yang terakhir untuk si anak kepada si ibu atau ayah. Kepada, saudara Naim, semoga ruh ayahanda mu bersemadi di kalangan hamba Allah yang soleh.

Sedih kan. Kita boleh tumpang sedih je, tapi hanya orang yang benar-benar alami je tahu apa yang dia rasa. Semoga teman-temanku ini tabah. Teruskan lah berdoa akan kebaikan kepada ruh ibu dan ayah kerana doa anak-anak yang soleh pasti sampai pada si ibu dan ayah. InsyaAllah.

Al Fatihah....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template