Friday, June 24, 2011

Kisah Orang Yang Dengki

Suka hati je kan nak labelkan orang dengki. Hahaha…ader aku kesah?!
Sesungguhnya amatlah daku tak faham kepada mereka-mereka yang suka sangat persoalkan aku suka balik kerja awal. Since management dah approve rule baru iaitu boleh clock in seawal pukul 7pagi dan clock out seawal 4petang dengan syarat ko cukup 8jam working hours, so aku memilih untuk sampai ke ofis jam 7pagi. Actually kalau rule nih tak implement pun, aku memang datang ofis awal sebab nyer, abah aku memang datang kerja awal. So tak kan aku nak meliatkan diri datang lewat lak. Dan memang kalau keluar rumah lewat (after 6.40am) ko terpaksa meredah jam yang teruk. Boleh double the usual time taken to office maa….so nak tak nak, aku kena gak datang awal.
Bila dah masuk kerja awal, automatic lah kita pun nak balik awal bila dah diberi kelonggaran macam tu kan. Tapi sungguh aku tak faham, hampir semua orang akan persoalkan bila aku balik awal. Ayat paling glamer dari mulut budak-budak dengki ni…..standard….”Awal gilerrrr ko balik. Kalau aku, mesti abih orang cari lagi, siap call-call lagi tanya aku kat mana, time kerja mesti sampai malam,”…….menyampah tau dengar orang cakap camni. Saper suruh ko datang pukul 8.30 atau pukul 9, so memang lah ko tak boleh balik awal macam aku. Hahaha… Tu belum lagi yang siap cakap,….”kalau kat tempat aku, mesti rasa bersalah dan semacam je balik time orang tak balik lagi….”. Dah satu ofis ko start keje kol 9, memang lah janggal balik awal kalau tak cukup manhour. Tak gitu?!
Pastu ada gak yang anggap, bila aku balik awal nih, aku berkira sangat nak wat kerja. Hello….kalau dah kerja tak urgent, kerja smart, buat apa nak terperap kat ofis lama-lama. Orang yang bujang-bujang tu leh ler, life memang kat ofis jer yang major. Daripada duduk yang konon-konon busy buat kerja, sambil borak-borak ngan kawan je, main internet,  baik aku balik layan anak ngan hasben kat rumah. Quality time dengan family lagi bermakna dan beharga dari spend lebih-lebih kat dunia kerja. Lagipun, aku tahu lah kerja aku. Kalau benda dah dekat deadline or urgent dan tak siap lagi, memang aku akan spend sampai ke malam gak untuk habiskan kerja. Tapi idaklah hari-hari aku buat camtu. Dan tak kan bila aku balik lewat, aku nak kabo ke semua orang….”weh….ni aku balik lewat nih, sebab rajin dan semangat nak habiskan kerja”.
Alah, kalo korang dapat datang awal, aku berani kata, korang pun nak balik awal. Tapi sebab korang tak boleh nak datang awal, mulalah nak perlekehkan orang yang balik awal. Tu lah namanya dengki. Sorilah kalau ada yang terasa ke haper dengan entry ni, tapi sesungguhnya aku dah lama terasa dengan kenyataan orang-orang yang tak puas ati bila aku balik awal….kol 5petang dah selamat sampai kat umah main-main dengan anak dan hasben. Hoyeh….yang penting, kita hepi!!

1 comments:

  1. hape la manusia2 yang kuar statement gitu,buat apa nak rasa bersalah balik awal kalau mmg dah terpacak kat opis pukul 7 pastu ada pulak sistem mcm tu kat company,maka rugila kalau tak rembat peluang gitu..aku yg slalu terjengoi pukul 9-9.30 tak pernah kisah pun dgn org yg balik sharp 5.30 (masuk 8.30),kalau aku ada kerja dgn org yg balik awal tu,kenala pandai2 adjust keja ngan dia..

    org2 kuaq statement cenggitu sbnaqnya bkn tahap dengki,tapi tahap tak paham bahasa situasi org lain..seyes bak kata hg kalau dia pun dpt dtg awal,sure dia pun nak balik awai...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template