Monday, June 27, 2011

Kawan Makan Kawan....

Hari ni hari Isnin. Selepas 2 hari bercuti hujung minggu, dengan semangatnya seawal jam 6.30 pagi, saya bertolak ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerja yang masih berbaki sejak minggu lepas.

Bila sampai pejabat, perkara pertama yang saya lakukan selepas membaca doa adalah membuka email. Dan email pertama yang saya baca adalah......pengutusan dari seorang Puan Besar (besar sebab angka umur dan pengalaman yang besar).....iaitu berkenaan dengan isi-isi penting yang telah disenaraikan dalam satu perbincangan yang telah berlangsung pada minggu lepas.

Bila diamati satu persatu ayat-ayat di dalam email itu, saya rasa seperti pernah terbaca di tempat yang lain. Oh, rupa-rupanya itu adalah minit mesyuarat yang saya sendiri buat dengan pantasnya sejurus selepas mesyuarat hari itu. Oh, rupanya Puan Besar itu meng'konon'kan bahawa dia lah yang bertanggungjawab menyediakan segala data-data itu. Ok, sekarang saya faham. Puan Besar menyuruh saya menghantar data-data itu kepadanya seorang konon-konon dia nak semak dan check, konon-konon dia kan dah senior.....tapi kenapa kah konon-konon dalam email ini menyatakan bahawa dia yang menyediakan segala data-data itu. Patut nyer, letak lah kredit kat saya sket....tapi ini dah namanya kerja orang lain mengaku kerja sendiri. Dahlah Puan Besar ni adalah seorang Puan yang selalu sangat cakap tak percaya dengan kerja saya sebab saya ni budak baru yang perasan dan senior.....wakakaka...tapi amik kerja saya sebijik-sebijik. Apakahhh???

Arrgghhh.....terus mood yang awal tadi bersemangat nak wat keja, telah bertukar kepada satu perasaan yang tak tau lah nak digambarkan macam mana.

Perut pun dah lapar, jomlah gi makan dulu. Nasiblah bila diri hanya seorang 'balaci' (copy ayat-ayat orang kat department ini jugak)....huuuuu.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template