Saturday, June 18, 2011

Bila teringat.......

Semenjak hari pertama bergelar isteri, suami tercinta hanya memanggilku 'ayang' atau 'sayang'. Dan aku memanggil beliau 'abang' atau apa2 aja yg comel mengikut mood tika itu. Dan sekarang, anak kami dengan jayanya mengikut jejak mama dan ayah nya. Haha....

Kalau nak kejutkan mama tido, dia datang tepuk-tepuk dan usap-usap bahu kita sambil bisik kat telinga....'yanggg, bangun'. Nak minta apa-apa especially susu pun, mesti datang pegang tangan kita then panggil 'ayannggg'. Tak tahan siap dengan lenggok manja aaayannggg.... Hahaha.

Kat ayah pun dia panggil 'abaaanngg'.... Manja gitu. Pandai tol dia tiru perilaku orang tua. Kena hati-hati kan. Jgn sampai perangai buruk kita pun dia ikut udah ler.

Tapi taktik anak aku tu memang terbaikkk. Aku tengah mamai mengantuk keletihan pun bila dengar anak panggil ayang dengan penuh manja tu, mesti akan terus bangun buatkan susu pada dia. Hahahaha.... Bijak tol.

Sebenarnya sekarang tengah rindukan anak daraku dan bapaknye. Alyaa masih tidur dgn tok mama dan tok wan. Cik abang sayang plak ada di KL. Saya sekarang balik kampung kat Perlis ni haaa. Berdua je dengan anak. Ayah tak dapat nak ngikut lagi kerana terikat dengan rutin physio beliau yang padat tu. Bila berjauhan gini, tak lengkap satu keluarga depan mata, seyes rasa semacam yang tak best. Huhuhi.




Budak comey yg kekenyangan.



Happy family, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template