Wednesday, June 8, 2011

Bila Boss Marah...

Bila kita kat bawah, memang standard lah kena pijak-pijak dengan orang yang dah senior kan. Benda aku paling tak leh terima telah terjadi hari ini. Oh tidakkk....Betambah lah kebencianku pada kerja ku sekarang.

Selama ni aku tak pernah faham pasal kerja aku sekarang sebab aku pun tak tahu nak faham kan kat celah mana. Yang aku tahu, boss asyik bagi project baru, bagi lagi, dan tambah lagi project. Aku tak tahu pun nak buat atau nak mula macam mana. Aku asik bertanya orang itu, orang ini. Sampai ada satu tahap, semua orang main pass baton, at last aku sampai balik pada orang pertama yang aku approach untuk satu masalah ni. Punyalah masing-masing tak boleh nak ajar or tell me the basic idea ke haper. Tak tahu lah sama ada derang memang tak tahu atau pun terlalu berharga untuk share the idea.

Aku pernah personally email to my boss, minta dia jangan lah bagi aku kerja sorang-sorang untuk sesuatu projek ni sebab aku masih baru dan tak tahu apa nak buat. Deadline setiap kerja dah lah sama dengan orang yang dah senior. Jawapan bos adalah sangat mengecewakan bila dia cakap, semua orang pun sibuk. Kena pandai-pandai sendiri.

Dan benda yang aku tak leh terima yang berlaku pagi ini adalah apabila seorang senior yang memang super senior lah, boleh merangkap bos gak lah, telah memarahi aku kerana katanya, aku nih perasan senior engineer yang pandai-pandai buat kerja sorang. So byk benda tak meet spec dia bila aku review kerja dengan dia. Dia terus gi bising-bising kat bos dengan ada lagi 2 orang engineer lain. Oh, malu nyer aku bila dikatakan begitu. Macam lah aku ni bodoh sombong belagak sangat tak nak belajar dengan senior. Padahal, hakikatnya, aku dah approach macam-macam orang, semua nya ada sahaja alasan. Alasan paling glamer, ermm...aku pun tak sure lah. Aku baru lagi kat sini. Baru setahun lebih je. Ko gi lah tanya si A.....then, pass to si B, Si C....sampai ke A balik pun ada.

Oh, cepatlah aku dapat berita gembira. Ya Allah, tolonglah daku. Amin.

2 comments:

  1. kadang2 dorang bukan tak tahu, tapi sengaja depa nak tengok setakat mana kemampuan kita dan lebih suka bersikap tepuk tangan bila kita kena marah

    ReplyDelete
  2. thts tough. semoga ko makin tenang handle the challenging situation

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template