Monday, April 4, 2011

Sentap

Alkisahnya, di pantry office. Berborak dengan seseorang yang dah tahu background saya.


Orang : Macam mana keadaan suami u sekarang?

Saya : Alhamdulillah. Dia sihat. Tapi sekarang kena rest kat rumah untuk scarring management. Tinggal nak jaga parut-parut dia lah sekarang.

Orang : Ok lah tu. Parut tu memang tak leh buat apa. Allah dah kata dalam al Quran, orang Islam memang akhirnya semua akan masuk syurga. Tapi yang mana pernah di bakar di neraka, memang akan ada tanda dan parut. Memang tak leh hilang lah kalau dah al Quran kata macam tu.

Saya : Oh, ye ke. (sambil tangan ku makin kuat mengacau air kopi dalam mug). Senyum....

Sungguh, dalam al Quran ada kenyataan tu. Tapi, apa motif ek dikaitkan dengan kisah suami saya. Kalau terbakar kat dunia, maksudnya dah macam tanda-tanda ahli neraka kah.....oh, naper saya rasa tak best jek bila orang tu kata macam tu.

Motiff???

5 comments:

  1. orang tuh dengki kot?jangan dilayan sangat....

    ReplyDelete
  2. pelik =.=

    tapi adik rasa maksud dia ,,
    kalau kat akhirat parut tak hilang , kat dunia pun susah la kot parut tu nak hilang~

    myb dia konfius 'dunia akhirat' dia guna 'syurga neraka'

    kot. =]

    hurmm bio oil pula ?

    ReplyDelete
  3. walau apa pun maksud dia, tapi nak buat analogi sama dengan ahli neraka tu macam tak best lah. Neraka kot. Sekeji-keji tempat, seteruk2 azab. na'uzubillah

    ReplyDelete
  4. aduss..nasib baik air dlm mug tu x tertumpah ke muka dia, nasib tak baik kena pulak air dlm mug tu air panas...lecur dan berparutlah mukanya..ohh...dah x blh hilang!!! nasib mulut badan binasa!!! huwaaa...aku pulak yg emo!!

    sabar yek Suna.

    ReplyDelete
  5. nk bermesra atopon nk berbasa basi? tapi salah konsep yg diapply.

    tuhan uji lagi kesabaran ko suna.syabas air selamat dalam cawan.

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template