Thursday, April 28, 2011

Persediaan Bertunang Bagi Lelaki

Tepak sireh macam benda wajib yang kena ada.  


My ofis mate nak bertunang. Tahniah bro! Adik lelaki saya pun dah bagi hint nak bertunang dan berkahwin bagai. Hurmm…macam dah tak lama je gaya nyer. Apa persediaan bagi pihak lelaki untuk hari pertunangan nih yer?? Ofis mate saya tu dah siap plan nak gi facial bagai, katanya nak bagi berseri muka dalam gambar. Hurmm….tak sangka, orang lelaki pun macam tu gak ek. Sangat particular macam perempuan gak. Kat bawah ni ada sikit info tentang persedian bagi pihak lelaki yang saya ambil dari http://www.ernabridal2u.com/v2/

Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
Pada Hari Pertunangan:
  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.
Cantikkan cincin neh...

Tapi, tips yang kat atas ni adalah untuk mereka-mereka yang mementingkan adat orang Melayu. Kalau yang nak simple-simple je, boleh lah buat persediaan yang ringkas jek. Tapi kena lah berbincang dengan keluarga kedua belah pihak. Kang kita suka hati nak buat sempoi jek, tapi rupanya mak ayah kita jenis nak beradat bagai yang kena ada cincin risik, cincin tunang, sireh pinang bagai tu. Tak nak kang nanti ada lak yang berkecil hati. Hee…

Part nak tentukan siapa sebagai juru cakap rombongan pun penting gak. Kalau boleh biarlah seorang yang disegani, berpengalaman, berumur dan bijak berkata-kata. Sebab orang ni lah yang akan jadi tumpuan utama selain si dara yang nak bertunang. Zaman sekarang, si teruna dah ramai yang ikut jer dalam majlis pertunangan. Ada lagi yang siap tempah baju sama dengan si dara. Macam dah nak bersanding. Huhu…tapi ingat yer korang, masa bergambar still tak boleh sentuh-sentuh lagi. Masih belum ada ikatan yang menghalalkan. Dosa tetap dosa. Fuuhhh…

Teringat lak zaman pertunangan saya dulu. Simple sangat. Dalam masa 2 minggu je decide then terus prepare apa yang patut. Mulanya plan bakal mertua nak datang menziarah je, tup-tup terus decide bertunang sebab masa tu bakal mertua tak menetap di Malaysia. Susah derang nak datang banyak-banyak kali. Masa bertunang tu lah kali pertama saya bersua muka dengan bakal mertua. Berdebar jantung macam nak tercabut.  Alhamdulillah, kini dah berbahagia sebagai pasangan suami isteri.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template