Wednesday, April 27, 2011

Perjalanan Balik Kampung Tanpa Suami


Ini adalah cerita back dated. Last 2 weeks saya balik kampong. Sukeeeeeeeeeeee!! Hepi sangat sebab dah lama tak balik. Last balik raya haji tahun lepas. Bulan 10 ke 11 gitu lah. Plan nak balik raya cina baru nih tapi tak jadi sebab…..suami saya masuk spital. Kami juga ada plan nak gi Bandung awal May nih, dah book tiket last year lagi, tapi tak boleh gi jugak. Suami saya masih belum fit untuk travel. Tak per lah, kita gi next time yer. Apa yang penting, saya nak gi umrah dulu ngan suami bila dia dah fit nanti. InsyaAllah!

Cerita balik kampong. Saya balik 4 hari (weekend + 2 hari cuti sendiri). 4 hari pun rasa kejap je. Pi ziarah umah sedara mara je. Sedih tak sempat gi Padang Besaq. Sob sob sob….  Tapi hepi sebab sempat makan buah pelam muda cicah garam belacan ngan laksa Perlis jati. Pelam harummanis tak masak lagi, so tak sempat makan gak. Kali ni, saya balik dengan anak je. Masa nak gi, naik Firefly dan masa balik sini, naik AirAsia. Oh, pengalaman sendirian naik flight dengan anak je. Dulu dah pernah, tapi dulu anak adalah baby yang hanya reti duduk atas pangku je. Tapi kini, anak dah sedikit besar, dah nak duduk sendiri. Tapi umur dia tak boleh beli tiket lagi. Cuak juga saya takut Alyaa nak main kejar-kejar dalam flight ke haper. Tapi Alhamdulillah, dia sangat behave. Agaknya sebab dia takut. Dia nangis tak ingat dunia masa nak boarding sebab saya angkat dia dari stroller untuk lipat stroller tu. Dia ingat saya nak tinggal kan dia gamaknyer. Dia nangis kuat tapi saya tak perasan boleh tak sebab bunyi kapal terbang adalah lagi kuat. (Ini adalah kelemahan naik Firefly sebab pesawat kecik, enjin bunyi kuat sangat). Saya sedar-sedar Alyaa terduduk sbb dia ketakutan sangat, air mata penuh ngan muka mimik menjerit, tapi tak dengar apa-apa. Sian nyer. Terus di angkat dan dipeluk, baru dia diam. Mujur ada sorang staff datang tolong nak lipatkan stroller tu. Bila kat dalam flight dia diam je atas riba sampai tertidor. Dia terbangun masa pilot buat announcement dah nak sampai. Bila bangun, dia terus senyum lebar. Nak gerak sana sini. Mujur seat sebelah kosong, so bg dia duduk situ. Bagus sangat sebab dia ok je bila saya pakaikan belt.

Kat sebelah seat tu, ada budak laki dengan nenek dia. Budak laki tu dalam umur 5-6 tahun kot. Dah besar. Diam jek dia pun. Alyaa yang sibuk-sibuk dok panggil abang, abang. Pastu bila budak tu toleh, Alyaa gelak suka kuat-kuat. Sampai kan budak lelaki tu malu-malu. Haha…anak saya pandai ngorat kah. Oh tidakkkkk! Then bila sampai Alor Star, semua nya ok. Alyaa terus senyum je kat tok mama ngan wan dia. Lega hati saya sebab takut gak kalau Alyaa macam tak nak ke haper ngan tok mama dan wan. Maklumlah, jarang berjumpa.

Then, nak balik ke KL. Kami naik AirAsia. Masa nak boarding gak, semua orang dah beratur, boleh tak Alyaa nangis then lari ke arah pintu nak keluar dari boarding area tu. Dia takut. Adeh. Kesian nya anak ku. So, terus kena peluk dan dukung dia. Nak pengsan rasa dukung anak, dukung stroller dan galas beg pack. Kat airport  Alor Star tak ada lif, kena guna escalator. Adeh, cuak takut ada yang terlepas dari tangan. Mujur kena jalan sikit je. Kalo tak, pancit weh. Masa ni sedih lak rasa suami tak ada disisi nak tolong handle situasi yang kelam kabut tu. Alyaa masih tak selesa sebab takut dia tak hilang lagi. AirAsia nih besar sket dari Firefly, so bunyi pun tak bising sangat. Tapi, sebab dia adalah pesawat tambang murah, ko jangan lah nak expect service baik sangat. Pramugari dia tak der lah semesra Firefly atau MAS. Kalau nak Firefly atau MAS dengan baby, ko rasa macam orang penting je sebab derang macam concern lebih sket. Tapi kalo ngan AirAsia, tak der nye. Saya adalah penumpang terakhir naik pesawat. Boleh tak, saya sepatutnya naik tangga belakang, tapi bila tengok saya masih terhegeh-hegeh heret anak, stroller dan beg, dia dah bawa lari tangga belakang. Terpaksa lah saya menapak lagi naik tangga depan. Kejam. Masa kat dalam flight, Alyaa tidur je. Agaknya dia takut sangat. Bila sampai, dia bangun tapi diam membatu. Langsung tak cakap atau gerak sepanjang saya berjalan keluar dari pesawat ke lobi. Panggil pun dia buat derk je. Isk isk…risau gak. Then bila nampak ayah dia, macam ok sket. Bila masuk kereta baru dia bersuara. Hoho…kesimpulan dia, naik flight balik kampong telah mendera emosi anak saya. Dia ketakutan. Aduhai…

Takut macam mana pun, kena gak balik kampong mama yer si anak. Hehe. Suke sebab hasben dah belikan tiket nak balik raya. Yippiee….suka jugak sebab tengok mak ngan ayah saya hepi dapat main dengan cucu yang sorang tu. Tak ada perkara lain yang lebih indah dalam dunia ni bila melihat orang yang kita sayang gembira kan J

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template