Monday, April 25, 2011

NH Collagen Plus



Korang pernah try tak benda alah ni?
Kalo yang pernah try, apa hasil dia ek?

Saya ada beli jugak. Konon nya nak beli suruh hasben makan agar kulit beliau cepat pulih. Pulun lah beli set untuk sebulan. Kopak sekejap dibuatnya. Harga untuk 6 botol dah RM89 rasanya. Kalo untuk sebulan, kira lah sendiri. 

Tapi sebelum bagi dia makan, kitaorang consult dengan dermatologist a.k.a plastic surgeon yang merawat hasben sejak beberapa bulan nih. Korang nak tahu apa dia kata? Actually kulit tak boleh serap collagen terus. Collagen yang diminum akan dicerna menjadi apa tatau, tapi bukan terus diserap kulit. Kulit menyerap collagen yang terhasil dari proses cernaan makanan terutama dari sumber protein. So, minum lah berbotol-botol pun, belum tentu kulit kita akan serap ke tak. Apa yang penting adalah pemakanan kita. Perut kita akan memproses apa yang kita makan untuk ditukarkan kepada keperluan tubuh. Jadi, sila lah semak kembali buku biologi anda untuk mengetahui sumber makanan apakah yang perlu dimakan untuk ditukarkan kepada collagen, asid amino bagai tu. Doctor tu cakap, banyak kan makan sumber protein dan vitamin c, itu dah memadai untuk kulit cantik. Air putih yang mencukupi jugak sangat penting untuk kulit cantik.

Tapi, memandangkan dah terbeli. Makan saya pun minum lah. Hasben tak nak minum bila doctor cakap macam tu. Lagipun dia dalam proses kena jaga diet. Tak boleh ada yang lebih atau yang kurang sebab akan efek pada penyembuhan beliau. Saya dah minum collagen plus ni dah sebulan lebih. Tapi tak nampak pun apa beza. Nak kata kulit makin lembab, kulit saya memang tak pernah kering. Hahaha. Nak kata makin licin, tak ada plak. Maintain je. Nak kata makin putih, pun tak jugak, sama jek ngan sebelum ni. So, tak boleh nak bagi testimony yang best.

Tapi kan, saya pernah try minum soy protein yang boleh increase collagen yang dalam kotak kaler pink tu. Minum selama 3 bulan, masa tu dah masuk trimester ke 3 pregnancy. Memang nampak ada hasil. Kulit menggebu semacam. Hehe. Tapi badan pun turut menggebu. Betul korang. Kalau banyak consume soy protein tu leh gemuk tau….unless u minum dia, then reduce your nasi or meal, baru balance. Sila rujuk label nutrisi dia. Memang tinggi protein. Hasil yang saya dapat rasa, kulit rasa lain la. Lembab, tak ada kelupas dan tak kasar. Kulit anak pun Alhamdulillah bersih. Anak saya pun agak cerah lah berbanding mak ayah dia. Hehe….tu pun saya start amik masa trimester ke 3 je sebab pernah baca, time ni baru baby serap food untuk kulit dia. Wallahu’alam.

Bila dah habis stok collagen ni, rasa macam nak try yang firm plus tu plak lah. Hehe…botol pun cantik sebab kaler pink. Sukeee! Kita tengok, ada hasil ke tak.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template