Friday, April 15, 2011

Melawat Rumah Kertih

Last weekend, saya dan abang balik rumah kami di Kertih. Ini adalah kali pertama abang jejak kan kaki kembali ke bumi Kertih selepas insiden hari tu. Saya tak tahu apa perasaan dan apa yang ada dalam fikiran beliau...tapi beliau banyak diam.

Kami balik sebab nak tengok kan barangan rumah yang dimasuki banjir. Nak bersihkan apa-apa yang patut sebelum barangan itu diangkut lori. Jom tengok gambar keadaan rumah kami....
(note: rumah dah terbiar 4 bulan + 2 kali banjir, so sila abaikan kadar semak samun dalam rumah ya)
Lantai bilik belakang

Ada orang cuba nak sental lantai kat ruang tamu tapi akhirnya surrender.

Lantai dapur


Lantai tempat makan

Ruang tamu

Kami berdua terkejut tengok keadaan rumah bila bukak je pintu. Ya Allah, segenap sudut ada lumpur kering yang tebal. Selipar jamban pun boleh ada kat ruang tamu. Tapi, sangat gembira bila dapati perabot yang kat lantai seperti sofa, almari, rak kasut, meja, katil bagai adalah tidak kotor. Agaknya dah 2 minggu terbiar, semua dah kering, so terus jadi bersih balik. Kalau setakat lantai tu, boleh lah kami angkut barang yang nak dibawa balik KL dan biarkan rumah dicuci oleh pihak pengurusan. Kah kah kah....kalau dia nak potong deposit pun saya tak kisah sebab saya tak sanggup nak cuci maa...

Mulanya kami bercadang nak ajak kawan-kawan datang tolong untuk cuci kesan banjir, tapi bila dah tengok keadaan sebenar, terus cancel. Kena import tenaga buruh kasar, tak boleh pakai tenaga kawan-kawan secara percuma. Hahaha. Kami juga decide nak bawa balik seminima barangan sahaja ke Kuala Lumpur. Hanya set sofa dan meja kopi (yang baru 5-6bulan beli), tilam (sebab beli mahal sgt dan masih dalam warranty), lampu kaki (sebab baru jek beli sangat-sangat) dan barangan elektrik semata. Barang lain macam dah tak ada tempat nak letak kat rumah KL dan kelak bila masuk rumah sendiri, pasti mau yang baru punya. Hahaha. Pinggan mangkuk kat rak dan baju-baju dalam almari pun kami tak packing lagi sebab nak tunggu orang courier buatkan. Cuma amik barangan berharga jek.

Barang yang lain, suami dan abah beliau dah decide nak bagi jek pada Ustaz Man (kenalan abah dan abang sejak dolu-dolu dan telah banyak menolong keluarga kami). Kebetulan rumah dia pun dekat dan dia pun ada datang melawat rumah kami yang berlumpur tu, so nanti dia akan datang bawa lori jek. Lega bab mana nak campak barang yang kami dah tak nak pakai.

Mujur kami belum mendekorasi rumah kat Kertih tu secara bersungguh-sungguh lagi. Kalau tidak, mesti banyak barang yang nak di angkut. Kami baru jek masuk rumah tu Julai 2010. Sekarang dah nak pindah. Heh...penat pindah aritu pun baru nak ilang. Sabor je la.

Satu barang lagi tatau nak buat apa. My beloved langsir. Sayang weh. Baru beberapa bulan jek pasang. Mahal lak tu. Nak bagi orang macam tak sanggup sebab sayang sangat. So, my mom kata, amik jek. Nanti boleh guna lagi terutama lining dia. Atau pun boleh jek alter buat sarung bantal ke, kusyen ke....etc. Ye lah, mak saya pandai menjahit, so boleh lah nanti buat projek ngan dia. Yea yea...jom kita pindah.

Kertih......akan terus terpahat dalam jiwa kami, terlalu banyak kenangan di sana......
Mari kita mencipta kenangan seterusnya pulak.
Hidup macam pentas drama kan, ada pelbagai scene untuk dilakonkan. Suka, duka, mencabar, pahit, manis dan macam-macam lah.
Semoga Allah merahmati hari-hari kami yang mendatang.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template