Wednesday, April 27, 2011

Kalau Masih Diberi Kesempatan

Pagi tadi, tanpa sengaja terbukak archive folder email-email lama semasa di ofis lama. Tersentak kejap, beratus email tak bukak lagi. Huhu. Bila buka....adalah sangat banyak email dari sahabat-sahabat berkaitan kejadian kemalangan yang menimpa suami. Sampaikan ditubuhkan ala-ala jawatan kuasa khas/badan bertindak untuk membantu saya dan suami. Sangat terharu dengan kesungguhan sahabat-sahabat terutama nya yang se'usrah'. Rasa malu diri kerana saya sangat tak rajin pergi usrah dulu. Macam-macam alasan duniawi yang menyekat kehadiran diri. Lemah nya ukhuwah saya.

Dalam banyak-banyak email tu, ada satu email yang membuatkan saya menitiskan air mata kembali. Saya quote balik sebijik-bijik,....

Salam wrt semua,

Maaf br start tuk update situasi, baru balik dari Be*** ptg ni as part of investigation team.

Sedikit sharing,

Berdasarkn kisah benar dr mangsa lain, amat aneh dan tak logik sdr arif masih hidup lagi sedangkan dia sudah ditelan api besar ms first explosion.

Juga aneh hanya 6 org yg tercedera dr 108 dgn letupan sebesar itu.

Amat hebat kuasa Allah.

Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.menitik air mata bile diorg cerita shbt kite ni sempat gurau2 dan sembang2 selepas diselamatkan. Tp keesokannya dlm keadaan mencemaskan.

Tuhan tidak matikan seseorang itu jika tak sampai lg ajalnya.semalam kami semua di platform Be*** A buat solat hajat beramai2 untuk mendoakan mrk yg tercedera.

marilah same2 kite tlg ape yg trmampu kpd K.Hasuna dan Alyaa.


Sebak **
Syukur Ya Allah, Kau masih pinjamkan suami ku untuk aku dan Alyaa.
Sesungguhnya semua yang kita miliki adalah pinjaman sementara.
Bila-bila masa sahaja tanpa perlu izin dari kita, semua pinjaman ini boleh ditarik balik dari Penguasa segala makhluk. Marilah kita hargai apa yang masih ada pada kita sebelum ianya hilang.

Banyak juga email dari sahabat-sahabat yang mengingatkan saya agar bersabar dan gembirakan hati saya dengan janji-janji Allah terhadap insan yang diuji dan bersabar. Sungguh, ukhuwah yang berlandaskan akidah adalah amat indah. Bantuan yang dihulurkan dari setiap pelosok. Fizikal, mental support dan juga huluran bantuan kewangan. Tak ralat saya nak reveal, bantuan kewangan yang saya sendiri terima tidak kurang dari jumlah 2 bulan gaji saya. Terharu sangat.

Mode: Merindui sahabat-sahabat di Kerteh.....sob sob.....weekend ni dah nak pindah angkut barang. Sedih**

Terima kasih semua sahabat ku......hanya Allah yang mampu membalasi kalian.
LOVE

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template