Wednesday, April 27, 2011

Blackberry Playbook


Saya bukan lah peminat gadget yang tegar yang jenis kalau ada apa paling latest, itu lah yang nak dipakai. Saya sudah cukup selesa dengan handphone Nokia N82 yang dah 2 tahun lebih tu (hantaran kahwin tau). Nak main internet boleh, kamera pun bagus (5MP/Xenon flash/AF/Carl Zeiss Lense)….sungguh saya sangat berpuas hati dengan kualiti kamera phone ni. Jatuh kena lempar, basah ngan air liur anak pun masih lagi bertahan. Hehe….so memang tak ada niat nak tukar lah.
Tapi, last month, my father-in-law dengan berbesar hati telah memberi saya seketul iPhone4. Maka, saya pun menjadi up to date sedikit. Hehe. My Nokia N82 still pakai lagi. Amik kau, 2 handphone sekarang. Sejak menjadi pengguna iPhone4 yang tegar, saya semakin berminat dengan teknologi gadget sekarang. Mungkin sebab benda free kot, kalo sendiri kena keluar duit, saya tak akan minat lagi yer. Haha…bukan apa, tak nak membazir. Tapi still Nokia N82 masih terbaik sebab boleh sms masa driving. Keh keh keh.
Baru-baru ni, bapak mertua berbesar hati lagi memberikan suami saya Blackberry Playbook. Oh, suami ku juga sepesen dengan saya. Kami sama-sama tak suka nak buang duit beli benda-benda ‘kehendak’ neh berbanding ‘keperluan’. Tapi sebab dah free, amik je lah.

Gambar dari Google


Kami pun hepi hepi menggunakan Blackberry Playbook itu secara sembunyi2. Tak nak anak nampak, kang nanti jadi macam iPhone4. Sokmo kat tangan dia jek. Adeh. Awal-awal dulu pening gak kepala bila bapak dan anak masing-masing menjerit berebut kan iPhone4. Tapi kini, suami ku dah tak kaco anak nyer lagi dah. Masing-masing dah ada sendiri, mama jugak yang gigit jari. Adeh sekali lagi. Gadget-gadget ni adalah sangat user friendly sampaikan anak saya yang setahun setengah tu pun pandai guna. Dia dah terror buka youtube, games, application untuk budak-budak….sabar je lah. Even nak lock ngan unlock benda alah tu pun, anak kecil ini lah yang ajarkan pada atok nyer. Huk huk huk. Ibu bapa, sila kawal apa yang ditonton anak-anak yer. Anak saya tengok klip alif ba ta, abc, 123 ngan barney je.


Berbalik pada Blackberry Playbook….hurm, apa yang saya boleh kata
untuk pandangan pertama adalah…tak dak 3G…tak best (in future katanya ada). Ko boleh pakai internet bila ada wifi free je lah. Adeh. Application tak try lagi sebab hasben macam main sorang jek. Adeh. Nak beli cover pun tak dok lagi setakat semalam semasa kami gi cari kat kedai. Hurmm….lagi satu tak best, dia nyer plug untuk power tak ikut Malaysia nyer standard, so kena lah gi cari universal extension plak. Kui kui kui.
Kesimpulan dia, gadget-gadget nih adalah sekadar untuk entertainment tambahan je lah. Kepada yang ada duit lebih, boleh lah beli. Ianya bukan lah kemestian pun. Kalo tak der benda alah tu, ko still boleh makan dengan kenyang per. 

Saya letak kat sini comparison table antara a few lagi gadget yang seangkatan. Semuanya saya dapatkan dari http://www.malaysianbroadband.info/ 


 

Peace!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template