Tuesday, April 26, 2011

Bila Berjalan Seorang Diri


Sejak saya di KLCC, saya tak rajin sangat berjalan-jalan soping mata dalam mall. Sebab utama adalah tak sempat. Setiap hari kena balik awal before 5, so tepat jer jam 4 lebey, dah terus balik. Kalo nak jalan-jalan masa lunch, memang tak sempat lah. Lagipun adalah lebih baik untuk saya tidak selalu menghampiri kedai-kedai itu, kerana pasti akan lebih selamat untuk poket purse saya.

Kalau berjalan-jalan dengan ditemani kawan, saya tak mudah untuk membeli barang. Tapi kalau berjalan sorang-sorang, mudah sangat nak terbeli barang. Ntah naper, saya pun tak faham. Hehe.
Tadi, dalam keserabutan dan kesakitan kepala memikirkan masalah kerja yang tak pernah selesai, saya tersasar masuk Parkson. Kebetulan ada extra 15minit lagi masa lunch break. Terpandang beg kecik atau ada orang panggil wallet, atau ada gak panggil clutch, dan ada gak yang panggil wristlet. Apa-apa je lah, tapi saya suka benda alah ni sebab memang saya perlukan untuk mengisi 2 handphone dan kad-kad yang tak berapa penting (kad parkson, kad toy r us, kat touch n go, kad mesra, kad insuran etc). Saya tak suka sumbat semua kad dalam purse sebab nanti gemuk, tak elok. Dalam purse biar ada kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kedit jek (ni pun dah byk kot).

Ok, berbalik pada cerita asal. Bahana nya bila dah berjalan sengsorang, sempat lah rembat satu beg kecik nih. Kebetulan harga nyer separuh harga, so rasa tak membazir sangat. Dan kebetulan lagi, beg kecik yang lama dah rosak zip nyer. Oh, saya beli yang biasa-biasa aja. Walaupun kat sini ramai orang pakai yang designer nyer brand, dan kawan pun suggest suh beli Coach, tapi saya rasa, tak perlu lah kot. Saya kan kedekut. Hahaha…belum sampai seru.

Wristlet yang lama, zip pun dah rosak (abaikan kecomotan itu)

Ini yang baru dibeli tadi. Hehe.

Tatau apa motip posting nih. Suke-suke je kot.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template