Friday, April 15, 2011

Berdiam itu Lebih Baik.


Dah lama saya tak update blog. Sampaikan ada kawan yang bertanya kenapa saya tak update blog lama dah. Padahal baru seminggu lebih kot. Maknanya, kawan saya masih berminat nak tahu perkembangan diri saya. Yea yea…
Untuk pengetahuan, saya adalah seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan emosi. Kalau emosi saya tengah gembira, maka apa sahaja yang saya lakukan akan ada aura kegembiraan. Tapi andai emosi saya tengah bersedih atau terlampau tertekan, pasti setiap tindak tanduk saya akan ada tempias emosi negatif itu.
Sejak kebelakangan ini, saya agak beremosi yang negatif. Agak sedang bersedih. Maka saya harus mengelakkan diri dari menulis blog. Sebab, pasti tulisan saya nanti akan terbias dengan emosi bersedih tadi. Takut ada yang tak sepatutnya menjadi tatapan umum, tanpa disedari akan tersebar. Hehe… kang tak pasal membuka pekung di dada sendiri. Betul tak?
Di saat saya sangat bersedih dengan kemalangan yang menimpa suami beberapa bulan yang lepas, saya langsung lupakan hasrat nak menulis blog walaupun saya tahu ramai yang menunggu update berkaitan suami. Saya sangat tidak sanggup menulis tika itu. Saya juga tidak mahu perasaan dan keadaan tika itu kekal di ingatan andai kata tercoret disini. Dalam erti mudah, saya nak anggap itu semua adalah mimpi. Kalau boleh tak nak ingat dah. Tapi, sekarang, kadang-kadang timbul gak rasa nak share apa perasaan saya tika itu, tapi asal nak mula menulis, air mata laju semacam je mengalir. Maka, kita tengok lah dulu sama ada akan diteruskan hasrat itu atau sebaliknya.
Jadi, kesimpulan nya, kalau saya berdiam diri lama tu, maknanya, emosi tengah tak stabil. Hahaha…

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template