Monday, April 4, 2011

Apa Yang Gedik Ntah...



Nih adalah tag baru saya di ofis baru. Oh, kawan sebelah dah kutuk. Dia kata gambar nih gedik. Adeh. Tak paham lah. Tang mana yang gedik ntah. Nasib baik budak tu sama orang Perlis gak, kalau tak memang dah kena belasah. Haha. Gedik ke??

Neway, masa clerk baru minta gambar untuk buat tag nih, saya hanya ada gambar ini sahaja dalam phone yang menampakkan muka yang jelas. Dia nak gambar passport, tapi sori lah. Memang dah lama tak penah ambil gambar passport kot. Last ambil pun masa nak buat passport seminggu sebelum kahwin dulu. Hehe..zaman anak dara dolu-dolu. Tapi gambar passport betol, besau gedabak kot. Mujur time tu tak dak jerawat sebab ready nak kahwin. Hehe…tapi dah hilang lah copy gambar tu.

Saya adalah masih buat kerja costing. Hurmm….tapi skop lagi besar. Kerja-kerja estimate kos projek. Kalau korang nak buat rumah ke apa ke, boleh lah saya estimatekan harga nya siap sekali dengan QS. Tapi, projek sekarang adalah ratusan juta…billion maaa…takot bebenor kalau tersalah estimate. Pulak tu, banyak sangat kosong nyer, tertinggal atau terlebih satu kosong, naya den…

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template