Wednesday, March 2, 2011

Teknik Jualan Langsung Yang Keji

Saya suka baca blog Aidid Muaddib. Kesah nya pasal MLM. Memang berani betul luahan beliau dalam blog tu. Tapi, nih bukan nak cerita pasal blog dia. Cuma ada kaitan pasal jualan langsung yang menjadi subjek utama blog beliau. Ini adalah satu penceritaan tentang teknik jualan langsung yang agak kurang baik untuk dicontohi. Dan kami (saya & suami) adalah mangsa kejadian. Hahha..keji betol.


Alkisahnya, seorang makcik (kenalan ibu mertuaku) datang menziarah suamiku di hospital. Katanya sudah berkali-kali beliau datang untuk berziarah, tapi tak berpeluang untuk bertemu saya dan suami. Agaknya dia datang pada tika suami masih di ICU, memang tak boleh nak ziarah pun time tu. Saya pun terfikir, baiknya mak cik ni. Sangat concern pada kami sebab sanggup datang berkali-kali dan nak jugak bertemu dengan suami saya.
Tapi....ayat pertama dia cakap masa nak masuk bilik wad suami saya adalah...."makcik sebenarnya nak jual ubat"...Ok. Fine. Saya dengan suami buat tak dengar je. Kitaorang borak pasal lain. Dan kebetulan suami makcik tadi ada bersama, maka kami banyak layan pakcik tu punya soalan je lah.


Bila dah agak lama berborak, mak cik tu asyik nak bercerita perihal ubat yang dijualnya. Saya dan suami hanya angguk-angguk geleng-geleng je lah melayan cerita dia. Tak ada langsung terbit dari mulut kami yang menyatakan kami berminat dengan ubat beliau itu. Then, dah dekat sejam borak, masih tak ada tanda-tanda nak balik. Sibuk menyoal jenis ubat yang hospital gunakan untuk suami saya, then dia pun cakap dia tahu pasal ubat tu. Dia pun ada beli jugak masa trip gi China. Ayat beliau, "oo..makcik tahu, ubat yang kaler putih tu kan, dalam bekas bulat kan....mak cik pun ada." Ok, fine. Padahal ubat yang hospital ni bagi kaler coklat dan dalam bekas tiub macam ubat gigi tu. Sama kah dengan description beliau?? Apa yang pasti, ubat yang dia nak jual tu, iaitu sejenis minuman jus manggis itu adalah terbaik kerana dapat ubati pelbagai penyakit. Oh, ye ke?!


Then, mujur nurse masuk dan remind suami untuk slot fisioterapi. Lega. Boleh cakap kat makcik tu, minta maaf lah, kami kena pergi gym untuk slot fisio. Tapi, korang tahu apa makcik tu buat? Rupa-rupanya dia dah bawa satu peti berisi ubat tu. Letak kat luar bilik. Bila kitaorang dah nak keluar pergi gym, cepat-cepat dia gi amik ubat tu then suruh kitaorang ambil. Oh yeh. Dalam kalut-kalut tu, boleh lak cakap, "takpe2, makcik tinggal dulu ubat ni. Nanti bayar kemudian pun tak pe." Errkk..bila plak saya atau suami cakap nak beli ubat tu. Puas saya berbahasa bahasi dengan beliau, tapi tetap jugak nak tinggalkan kotak ubat tu. Alasan, berat lah nak bawa turun balik. Bengang kot. Nak cakap direct kang, dia tu kawan mak mertua saya. Kang, dikatanya kita tak berbudi bahasa plak. Sengal kan.


Malas nak layan, saya dan suami terus ikut nurse tu ke gym. Derang pun ikut gak sebab jalan yang sama untuk derang menuju ke lif. Aduss...sibuk laa dok promosi ubat tu. Tak suka nya saya. Suka hati jek tinggalkan ubat dia tu, then paksa kita amik. Nampak sangat datang berziarah pun sebab ada udang disebalik mee. Dah lah dia bawa terus 4 botol. Saya survey kat internet, harga satu botol tu RM160. Memang mak cik tu boleh dikategorikan sebagai sudah gila. Seyes, saya sangat bengang dengan dia.


Kesudahannya, tak tahu lah apa akan jadi dengan ubat tu. Bila mak mertua saya tahu, terus dia suruh pulangkan balik. Hahaha...rupa-rupanya dia pun tak nak layan makcik tu. Cet, kalau ku tahu dari awal, memang dah cakap direct kat mak cik tadi suruh angkut balik ubat dia tu. Kadang-kadang, terlalu berbudi bahasa dan nak menjaga air muka orang, diri sendiri yang terkena. Padan muka!


Inilah rupa ubat tu atau pun lebih spesifik, jus manggis. Mahal lak tu. Kalau betullah dengan meminum jus ini boleh ubati pelbagai jenis penyakit seperti yang dinyatakan dalam brochure, memang tak perlu dah ler doktor-doktor kat dunia nih. Dan yang paling lawak, ubat tu macam sesuai untuk orang yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan macam-macam penyakit lah, cuma tak ada pulak dia tulis untuk rawatan kulit terbakar. Sedangkan suami saya tu nak rawat kulit terbakar. Hahahaha....

3 comments:

  1. sungguhpun aku rasa apa yang mak cik tu buat sgt annoying and adalah keji, tapi aku terasa sangat kasihan dgn mak cik tu.

    aku pun selalu baca Aidid tu punya blog. memang banyak sedarkan kita and ajar kita benda-benda macam gini. tapi orang-orang yang baca blog Aidid ni, bukan dari kalangan mak cik2 gini. at least kita as golongan tere IT ni bole jugak google sini sana kan untuk prove something.

    kesian kat mak cik tu. mesti kena tipu teruk dengan orang atas2 tu. and dia pun percaya je. tak de sapa nak tolong insert logic in her brain. maybe dia pun dah habiskan beribu beli mende alah tu. bukan mahal kan benda2 ni.

    aku tak tau kenapa aku luahkan semua ni kat comment section ko. haha. tapi aku seriously sedih baca pasal mak cik ni. maybe niat dia nak naikkan duit poket dia. aku harap dia dapat hidayah cepat. and ada orang tolong ajar dia, secara baik and secara halus yang benda jus manggis ni adalah tipu semata-mata and MLM itu haram. amin

    ReplyDelete
  2. haha.....panjang giler komen....kesian kan dan kesian jugak aku jadi mangsa nye...huwaaa

    ReplyDelete
  3. ish makcik selfish penah aku dengar.pegi melawat anak mmber bukan sebab nk melwat,tapi nk isi poket,dengan tektik kejiiii plakkk tuu,,nyampassss

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template