Friday, March 25, 2011

Perlukah Berlagak Sombong??

Masih tak ada kerja yang specific lagi kat office baru, so mari kita bebel lagi. Heeee...
Saya suka memerhati dan menghayati persekitaran. Bukan sekadar memerhati, tapi saya juga suka membuat tafsiran dengan pemerhatian saya. Suka berhipotesis. Dan saya amat yakin dengan hipotesis dan gerak hati saya.


Terbaru dan paling kerap menghantui diri, adalah tentang perangai orang yang boleh dikategorikan sebagai sombong. Berlagak. Arrogant. Selfish. Kedekut. Apa lagi ekk...?
Just nak share berdasarkan senario yang saya jumpa sejak 2 minggu ini....(sebab baru 2 minggu ini keluar dari kepompong keluarga dan rumah sendiri).


Senario 1
Lokasi dalam lif. Orang tak ramai, kiranya tak der lah tahap penuh lif tu. Dah masuk dalam lif, nampak je ada orang baru sampai kat depan pintu lif, tapi buat bodo* jek. Kalau boleh nak cepat-cepat close pintu lif tu. Biar orang tu tunggu lif seterusnya. 

Senario 2
Dalam mall dan di lobi. Kes nih paling banyak berlaku. Terpandang muka yang macam familiar. Teman sekuliah masa di kampus dulu. Mesra jek masa di kampus. Cuba pandang dia dan nak senyum, tapi orang tu buat dek jek. Berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukan kita. Adeh. Segan nak tegur kalau kita pandang dan senyum pun dia buat dek. 

Senario 3  
Serempak dalam toilet atau kat walk way in between workstations.....kiranya sama department dan section area lah neh. Kita pandang dia, tapi dari jauh dia dah paling muka straight jek sambil cebik bibir. Atau cecepat tekan-tekan handphone. Sumpah, macam tak ada orang lalu kat sebelah dia. Errkk...saya tak jadi nak tegur. Macam orang tak suka kita jekk..

Senario 4
Hari pertama masuk kerja di tempat baru. Dengan ikhlas hati pergi menghulurkan salam perkenalan dengan mereka-mereka yang lama. Selepas salam dihulur, nama diri dikenalkan, asal diri dinyatakan, mereka itu hanya menjawab, OK. Dan terus kembali mengadap pc atau kerja mereka. Aiseh, adakah diri ini mengganggu konsenterasi mereka itu?? 

Senario 5
Sedang memandu kereta. Bagi signal nak masuk lane jalan utama. Bukan sengaja nak overtake pun. kita baru keluar dari simpang pun. Dengan sesungguh hati, mereka yang memang dari jalan utama akan merapatkan jarak dengan kereta depan. Mana boleh bagi laluan pd orang yang baru nak masuk. Adeh...Tu belum kira yang jenis suka pintas terus ke barisan depan kereta-kereta yang tengah merangkak ikut turn. Suka hati je nak pintas masuk.   

Senario 6
Nak cari orang. Masuk kat department yang tak familiar. Of course perlu bertanya pada siapa yang kelihatan, kat mana nak cari orang yang dimaksudkan atau nak bertanya lokasi bilik meeting. Tapi kena jalan jauh dulu pilih orang yang nak ditanya. Pilih yang agak-agak muka leh mesra dan pandang kita. Haha...kadang-kadang tu dah pusing seround, tapi tak berani nak tanya sorang pun. Semua muka serius dan angkat muka sekadar menjeling kepada kita yang nampak sangat terkial-kial mencari sesuatu. Sumpah, takut weh nak tanya orang-orang kat sini sebab reaksi muka macam nak marah dan macam dah ada label, jangan kaco aku!!




Huh, dah tak ingat lagi senario lain. Tak suka lah begini. Dan dari pemerhatian saya, mereka-mereka yang begini ada dari pelbagai umur. Yang muda ada, yang tua pun ada. Tapi, masih ada yang berhati baik. Suka tersenyum dan ringan mulut menyapa. Yang heran tu, kalau jenis yang macam tak mau nak mesra ngan orang neh mesti yang jenis....hurmmm.....sangat bergaya dari hujung rambut yang merah kuning bagai tu sampai ke hujung tumit kasut tinggi 4 inci tu. Kalau yang so-so, biasa-biasa jek penampilan tu, orang nya pun kebanyakan nyer mesra jek. Agaknya, saya nih tak cukup bergaya dan tak pandai bercakap slang macam Richie Rachman kot, tu pasal orang tak pandang. Hahaha...

Inilah hakikat dunia sekarang. Orang semakin mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang, dalam tak sedar, kita pun mungkin 'ter'kategori as sombong. Minta dijauhkan. Marilah kita ringan-ringankan mulut untuk bermanis muka. Kalau tak nak senyum takut orang kata mereng pun, cukuplah sekadar bermanis muka bila perasan orang pandang kita. Ingat tu MammaSun! 

2 comments:

  1. heheh..keadaan mcm tu is dekat department yg bukan teknikal.aku bila p HR,kompom g cari kakak2 yg pakai baju kurung,pakai tudung,yg rambut merah kuning tu,kompom menyimpang dan2 kalau nak kena p tny apa2..

    ReplyDelete
  2. hehe.. bawak bersabar ok suna. aku insan hina, selalu ditindas bila pergi buat kerja dgn kampeni2 besar. aku diam je. tak bole nk ckp sgt. nnt susah nak cari makan. situasi2 mcm ni mmg aku kena hari2.
    tapi situasi2 mcm ni, ekceli buat aku lagi dekat dgn Allah. siyes. bila jadi mcm ni, aku hanya bole pergi mengadu dkt Allah je. so kalau hari2 kena, mmg hari2 aku cari Allah. so, i take it, as aku punya untung la. biar org buat mcm2 kt aku, yg penting aku jgn jd mcm derg & aku lagi dkt dgn Allah.
    banyak bersabar okeh suna. aku doakan yg terbaik untuk kita! kekeke

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template