Tuesday, February 8, 2011

Slot Lestary TV3: Hani

Credit to blog ni. Siap boleh tonton update drama ni kat situ.


Sejak bercuti sementara nih, saya dah jadi penunggu setia rancangan TV. Hehe. Saya layan cerita Hani yang ke udara di TV3 setiap Selasa, jam 9pm. Sedikit sinopsis cerita ni yang di amik dari sini:
 
Sinopsis Drama Hani
Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal drama ni? Haha...sebabnya saya sangatlah tak suka cara mak Irfan tu. Eekkk....geram nya. Boleh pulak nak atur sapa yang dia nak suaikan untuk si anak dia. Mujur lah mak ngan bapak mertua saya tak buat kerja macam tu walaupun suami saya tu anak tunggal. Huhu....sayang mak ngan abah mertua ku.

Pastu, saya suka cerita ni sebab Hani tu cantik la. Ramai orang pakai tudung dalam cerita ni. Huhu...tapi saya memang tak suka pun watak Irfan sebab macam tak best lah dia tu. Haha...suka ati je kan nak komen. Konsep kekeluargaan dalam family Hani pun best sangat. Memang pada hakikatnya, tak semua perkara yang terjadi dalam keluarga sendiri, ahli keluarga tu akan dapat terima bulat-bulat. Apatah lagi kalau perkara yang terjadi dengan tiba-tiba. Nampak kan dalam lakonan family nih, saling support antara mereka. Sweet kan...
Enjoy watching yah!!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template