Sunday, February 20, 2011

Rupa Baru Encik Suami....

Contoh bahagian tangan hingga ke siku.



Contoh untuk bahagian muka.

Pressure Garment....
Suamiku kena pakai benda ghope ini....selepas keluar hospital nanti. Tak tahulah berapa lama....ada yang 3-4bulan, ada yang setahun dan paling lama 2 tahun. Bergantung pada tahap kematangan parut beliau. Cara pakainya, 23jam sehari. Adeh. Boleh buang untuk tujuan pembersihan jek. Dia kena pakai kat dua belah tangan. Tangan kiri sampai ke pangkal lengan, tangan kanan sampai ke siku. Kemudian pada kedua-dua belah lutut dan juga seluruh muka seperti yg gambar kat atas tu yer.

Apa motif pakai benda ni? Motifnya supaya dapat memberi pressure pada permukaan parut baru agar tidak terus bertumbuh menjadi keloid. Ketat tau benda alah ni. Kain dia pun ala-ala macam korset Premium Beautiful tu. Setiap kesan parut yang ada juga kena diurut kasi tekan-tekan sebanyak 3x sehari. Doktor beri ubat parut dari jenis herba China. So, kena lah saya merajinkan diri mengurut dan mengulit encik suami selepas dia balik ke rumah nanti agar kulit beliau cantik. Sekarang, kat hospital, kita bagi chance nurse-nurse yang cantik manis mengurut dan mengulit beliau. Hahaha.

Kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal benda nih, sila ke sini yer.
Mujur untuk sementara je kan...siap ada nurse yang buat lawak, ghope Arip nanti dah macam penjenayah. Adeh. Apa yang penting, dia sihat sejahtera.
Huhu...sayang suamiku sayang....

3 comments:

  1. semoga trus bsabar dgn ujian.. apa2 pn, alhmdllh sbb encik suami sudah boleh pulang n sentiasa di sisi.. dpt la teman berborak n meluahkn perasaan kn? alhmdllh..

    ReplyDelete
  2. adeh..ade ke penjenayah,sabo je nurse2 tu..

    ReplyDelete
  3. nampaknya encik suami dah muncul di alam maya.... ke cik isteri tlg post kan

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template