Monday, February 28, 2011

Rindu Si Kucing Comel

Shiro

Shiro & Orix

Shiro

Shiro


Rindu pada Shiro dan Orix....
Semua dah tinggal kenangan...
Orix adalah abang Shiro.

Orix adalah kucing jantan yang manja dan suka dibelai. Kemanjaan Orix telah membuatkan dia tidak pandai bergaduh dengan kucing-kucing jantan jiran-jiran sekampung. Orix sering menjadi mangsa buli sehingga dia cacat jalan terhencot-hencot. Lebih tragis, ayah telah tanpa sengaja terlenyek ekor Orix dengan tayar kereta sehingga membuatkan ekornya hampir tercabut. Dia sakit....dia demam...sampai meninggal. Sob sob...


Shiro pula adalah si adik betina yang comel dan manja. Tapi gatal. Suka ikut jantan ntah mana-mana. Dah berapa kali beranak pun tak ingat dah. Haha. Penah sekali ayah kurung Shiro dengan sekor kucing jantan jiran yang sama-sama kaler putih berbulu kembang. Hasilnya, dapat anak yang comel tapi kini dah tak tahu ke mana anak-anak Shiro. Ada yang hilang kena culik, ada yang diberi pada orang, ada yang mati kena langgar. Isk isk...tragis tol. Kini, Shiro dah tak ada. Shiro hilang semasa mak ngan ayah hantar dia untuk dijaga oleh mak lang saya semasa mak ngan ayah nak datang KL. Agaknya Shiro tak biasa dengan mak lang, terus dia lari bila mak lang buka sangkar nak bagi makan. Terus dia tak balik-balik sampai hari ni. Sedih... Shiro busuk sebab tinggalkan 2 ekor anak dia yang masih menyusu. Anak-anak dia tak secomel dia pun sebab gi kahwin dengan kucing jantan tak hensem mana ntah. Ahaha...


Kenangan best bela kucing. Dulu mak ngan ayah tak suka kucing, tapi sejak ada kucing sesat datang rumah, terus bela sampai dah 3 generasi (mak Orix ngan Shiro, Orix & Shiro dan Shiro bersama anak2). Dengan membela Orix dan Shiro, kami kenal Klinik Haiwan, tahu pasal ubat cacing, ubat demam kucing, ubat mata, ubat telinga, syampu kucing, dan sebagainya berkaitan kucing. Hahaha...kucing pun ada vaksin tau.


Sedih....rindu....meow meow.... Nanti balik kampung, dah tak boleh tunjuk kucing comel pada anak saya dah T_T

4 comments:

  1. Kucing pulak...Bila masanya minat kucing ni...

    ReplyDelete
  2. kucing dah mati sekor...dah hilang sekor T_T
    saya bela kucing kat rumah di perlis nun...bukan saya bela sorang la, family yang bela...
    nak bela kat sini tak dibenarkan sebab ada anak kecil...huhu

    ReplyDelete
  3. aku ada ingat ko mention Shiro masa datang lepak tgk drama swasta kat bilik aku. adakah ini Shiro yang sama?

    ReplyDelete
  4. yeaa...hanya satu shiro yang aku ada....tp dah tinggal kenangan...

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template