Wednesday, February 16, 2011

Bersamamu TV3: Kisah Hairuman Miskon

Malam ni, memang saya dah tertunggu-tunggu kat depan tv nak nonton rancangan Bersamamu kat tv3. Kisah adik Hairuman b Miskon yang kena renjatan elektrik dan terbakar hampir seluruh badan. Dan paling tragis, dia terpaksa dipotong kedua belah tangan dan juga kaki kiri beliau.

Amy Search datang melawat (photo from Google)

Hairuman dan kakak beliau (photo from Google)





Bila tengok kat tv, keadaan Hairuman dan kakak beliau, Maryuni, air mata saya pun deras semacam jek mengalir. Walaupun tak berada di tempat mereka, tapi, seolah-olah saya dapat rasa apa yang berkecamuk di hati mereka. Dulu, saya pernah berada dalam situasi mereka, bila keadaan suami adalah sangat tenat. Saya hampir kehilangan seorang suami kesan daripada efek kebakaran yang dialami. Tapi, alhamdulillah, syukur pada Allah, suami saya kembali sihat dan sembuh segala luka terbakar nya tanpa meninggalkan sebarang kecacatan. Luka terbakar, memang dahsyat kesannya. Memang mudah untuk menjerumuskan mangsa kebakaran kepada cacat anggota disebabkan keadaan tisu/kulit yang rosak teruk atau kesan daripada parut terbakar (contracture or keloid).

Takdir Hairuman sudah tertulis. Beliau kini OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuba kita bayangkan, kita dilahirkan dan membesar sebagai manusia yang sempurna anggota. Tapi, dalam sekelip mata, Allah takdirkan menjadi cacat. Sukar untuk orang yang mengalami menerima dengan mudah ujian seperti ini. Sokongan orang sekeliling memang sangat-sangat diperlukan. Bukan sahaja Hairuman, tapi keluarga beliau pun amat-amat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi fizikal dan mental. Kepada yang berkemampuan, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan.

Apa yang pasti, mereka memang tabah. Semoga Allah menguatkan iman dan hati mereka...dan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka selepas ini. Saya juga berharap, dengan ujian sebegini, dapat mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang menimpa. Amin.

3 comments:

  1. siann nyer..btol tu, kalo dah bertahun2 idup sempurna tiba2 OKU, sure tekanan giler

    ReplyDelete
  2. kesian kan....dia je yg tau perasaan dia...kita boleh bayangkan je laa...semoga idup dia pasni lebih cerah

    ReplyDelete
  3. ayu said...
    Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

    Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
    MARYUNI BT MISKON
    MAYBANK A/C : 162030632448
    CIMB A/C : 12570000203529
    atau
    MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
    CIMB A/C : 12570005386520

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template